Iban
kata babah rayyan, ulat mulong yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang sangat enak..malah lebih enak dari isi udang. Dan biasanya masyarakat Sarawak dinikmati samaada dimasak mengoreng atau disalai bagi yang tidak geli dengan ulat mulong nie pulak, biasanya mereka makan secara mentah sewaktu hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu :P
Dengan rupanya seperti ulat :P, ulat mulong sebenarnya berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk. Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di bahagian Mukah dan Betong, malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam. Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.
P/s : Berat badanku semakin meningkat..apakah???
No comments:
Post a Comment