Monday 26 March 2012

Melistik Ke Bintang


Saat kejayaan ditagih...Usaha itu menjadi taruhannya...
Saat kejayaan itu diharapkan...Konsentrasi itu menjadi ukurannya...
Saat kejayaan diimpikan...Angan-angan itu menjadi peransangnya...
Saat kejayaan didambakan...Pada-Nya saja disandarkan segalanya...


CONGRAT'S MY DEAR!!!



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Tuesday 20 March 2012

Sepatu Buat Baby Rayyan...



Sepatu buat Baby Rayyan...
Cantek tak?
Excited Mama Rayyan nak pakaikan untuk Baby Rayyan
Sure Baby Rayyan terlebih suka!!
Pada yang berminat nak oder, boleh ke FB Color Mydiary :)




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 19 March 2012

Sekeping Kad, Sekuntum Bunga, Seraut Kasih....

"Ya Allah Ya Tuhanku...Andai benar firasatku mengatakan..hanya sampai disini sahaja ianya berakhir...aku terima dugaanmu dengan redha..Moga aku tabah menghadapi segala dugaanmu...Ya Allah...."


*sumber : Goggle



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 16 March 2012

Sudah sampai ajalnya....AL-FATIHAH


"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), Kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu..."


Pagi tadi dapat panggilan telefon dari mak...Tok Busu telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua....AL-FATIHAH.........

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleh....


Allahyarhamah ketika masih hayat....(kanan sekali)
1938-2012 (74 Tahun)





GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 12 March 2012

Punch Card

Kenal ini????

Mesin Punch Card!!!

Bagussss!!!


Punch Card?? Sekeping kad yang keras yang wajib dipegang setiap pagi mahupun petang dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun sampai bersara. Betul ke nie definisinya? :P

Fungsi punch card ini lah bukti sedisplin mana pekerja itu datang setiap hari. Sanggup lari bagaikan lipas kudung nak kejarkan waktu ^_^
kekadang ada yang dibuang kerja hanya kerana menipu ketika "mempunch card". Sebabnya tipu OT...Punch balik keje pukul 11.00 malam, tapi biler bos besar datang secara mengejut pukul 8.00 malam, pekerjanya takde! T_T Ada pulak yang punch hari Ahad, konon-kononnya OT tapi bukannya ada kat opis ataupun site..ghupa-ghupanya ada kat umah..dok membongkang tido... Ishh..ish...ish...tak baikkan menipu?? Ramai yang buat cmgini..ada tu pulak suruh kawan-kawan punch biler datang keje...Member punch pukul 8.30 (ontime lagi) tapi empunya punch card tak datang-datang....Yang kesiannya member dia ler...jadi kambing kepala hitam..dok sibuk punch kan orang lain punya punch card :(


Tapi korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalau mintak tolong punch card? Bukan risiko kat diri korang jer...risiko sekali kat kawan yang dah baik hati tolong korang punch card tue...kesian kawan tue...Kalo tak percaya, silalah baca email yang didapat ini....Kisah benar nie tau... :)

Kawan aku- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang kerja...then mintak la Amat (bukan nama sebenar) punchkan..then Amat tolong la...tup..tup on the way nak sampai opis tuh Ali accident..Mula-mula dia koma then 2 hari lepas tue dia meninggal dunia..apa yang menyedihkan..bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan..Sebab apa? Sebab dalam punch card itu membuktikan Ali berada diopis pada waktu yang sama dia accident...so opis nak luluskan pampasan dan everything macam mana?? Opis boleh luluskan JIKA ada sapa-sapa yang mengaku tolong Ali punchkan...Amat taknak mengaku...yelah..kalo dia mengaku dia mesti dikenakan tindakan tatatertibkan? Silap haribulan dia dikenakan buang kerja..so sampai sekarang pampasan tak dapat..yang susah isteri Ali...dah ler tak bekerja...ada dua orang anak pulak tue...nak kuarkan KWSP dan memohon tuntutan dari SOCSO pun hadapi masaalah yang sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? Kalau la korang mintak punch then terjadi apa-apa kat korang atas jalan sapa nak bertanggungjawab? For sure ler kawan yang tolong punch tuh taknak mengaku..Yelah kita dah tolong...sat lagi kita yang kena tanggung?? Kalau kena denda je takpe lah..sat lagi siap kena buang kerja...mana mau cari kerja?? Yang si kawan yang tolong tue, mesti seumur hidup akan rasa bersalah...

Kalau accident patah kaki je boleh la lagi..tak kisah..tapi kalau dah melibatkan nyawa nie, walaupun niat nak tolong tapi biarlah macam orang tua cakap..."buat baik berpada-pada...jangan buat baik tak bertempat".

P/s : Sib baik kat opis tak kena "punch"



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 9 March 2012

Anda GAGAL?? Jangan putus asa...



Setiap masaalah yang membuat kita tersenyum. Kening berkerut bukannya dihindari tetapi harus dihadapi.

Anda gagal dalam peperiksaan

Kata pensyarah @ guru anda, lain yang ditanya dalam soalan lain yang anda jawap.

Jangan frust, jangan kecewa kerana gagal dalam pepriksaan tak kiralah gagal SPM ke..gagal masa di Universiti ke..tak semestinya semuanya sudah berakhir. Kerana masih banyak lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Gagal dalam peperiksaan, tak bermakna gagal dalam mencari peluang pekerjaan.

Anda gagal dalam temuduga

Berkali-kali anda pergi temuduga, takde satu pun yang sangkut.

Jangan frust, jangan kecewa kerana mungkin ada hikmah..tiada rezeki anda disitu. Mana tahu ada tawaran yang lebih besar menanti anda..Siapa tahukan?? :)

Langkah untuk menghadapi putus asa :-
1. Tidak perlu cemas & khuatir terhadap masaalah kecil. Anggaplah sebagai ujian untuk kita mencapai ketingkat yang lebih tinggi.

2. Ingatlah semua masaalah besar adalah hal-hal kecil. Masaalah-masaalah yang kita hadapi jauh lebih kecil daripada kurniaan Tuhan yang telah kita terima.

3. Fahami badai pasti berlaku. Setiap ada kesulitan pasti ada kebahagiaan, setiap ada masaalah pasti ada jalan keluarnya. Seberat apapun masaalah yang kita hadapi sifatnya neutral dan Tuhan pasti memberikan solusi & jalan keluarnya. Bergantung kepada kita mahu mencarinya atau tidak.



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Thursday 8 March 2012

Demam

Baby Rayyan dah demam dua hari...
Malam semalam badan Baby Rayyan panas sangat...
Sampaikan tidur pun tersentak-sentak...Dan pagi semalam Baby Rayyan dibawa kehospital... :(

Alhamdulillah lepas diberikan pelbagai jenis ubat, demam Baby Rayyan semakin kebah..
Doktor kata ..demam biasa...Takde apa-apa..

Dan yang pastinya, mama & babah rayyan sangat risau...

Mommies, please pray for Baby Rayyan....


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Dari Wanita Untuk Wanita...


Untuk pengetahuan semua, 8hb Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia (International Woman's Day). ^_^

Tak kira siapa kita, mahupun dimana kita berada, selagi kita bergelar wanita mahupun perempuan, Hari Wanita Sedunia ini adalah untuk kita. Bestkan kalau pada hari ini, wanita dilayan seistimewa mungkin, bangun pagi dapat bunga sejambak, makan tengahari suami yang masak, overall semua suami yang buat dan kita hari ini dilayan persis sang permaisuri..Yippieee!! Chewah!! Yeler bukan selalu pun kan..Setahun sekali jerk pun...Hehehehehehe adil ke?? Sedangkan Hari Lelaki sedunia tiada pun termaktub dalam mana-mana kalender :P

Anyway, Selamat Hari Wanita!!



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Yang Comel....

Otak dah beku nie, tiada idea untuk menulis entri pasal apa...Well, sementara menunggu otak ini ligat berfungsi seperti sediakala, tataplah gambar budak-budak yang comel ini...Lalalalalalala tomelnya... ^_^

Baby Cs Nurziha


Baby Anor


Baby Mazlin


Baby Elis


Baby Ikin


Comel-comelkan baby diatas...Sorrylah mommies2 coz amik pic tanpa kebenaran :P




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 5 March 2012

Ulat Mulong...Ada Brann??

Kalau orang perempuan mengidam kerana ada baby dalam perutkan?? Tapi kalau orang lelaki yang mengidam, sebab apa erk?? Mesti ada something-somethingkan?? :P Baru-baru nie, babah rayyan sibuk sangat nak makan ulat mulong (sejenis makanan eksotik orang sarawak). Dan kebetulan jugak kat Taman Rinting ada Pasar Tamu (yang menjual pelbagai barangan sarawak)makanya......


Finally...Ulat Mulong..


Ulat Mulong atau Si'et dalam bahasa Melanau @ Tinduh dalam bahasa
Iban


10 ekor = RM5.00


kata babah rayyan, ulat mulong yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang sangat enak..malah lebih enak dari isi udang. Dan biasanya masyarakat Sarawak dinikmati samaada dimasak mengoreng atau disalai bagi yang tidak geli dengan ulat mulong nie pulak, biasanya mereka makan secara mentah sewaktu hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu :P

Dengan rupanya seperti ulat :P, ulat mulong sebenarnya berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk. Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di bahagian Mukah dan Betong, malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam. Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.




P/s : Berat badanku semakin meningkat..apakah???



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 2 March 2012

Aku Terima Nikahnya......

Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering,

Atau pandangan akal yang gersang,

Jauh sekali pandangan nafsu yang melulu....

Pandanglah isteri dengan pandangan hati,

Kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita...."






GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Karipap-Karipap Cinta

Tersentap rasa hati seorang ibu biler......




Video "penderaan mental" yang berlaku di Taska Permata 2, Kota masai baru-baru ini


Kanak-kanak tersebut dibedung dengan kuat, mulut mereka disumbat dengan puting dan mulut mereka ditampal dengan "solutape" (pita pelekat). Adakah mereka yang melakukan ini langsung tidak ada sifat kemanusian atau adakah mereka yang melakukan ini adalah yang baru keluar dari hutan, yang layak dipanggil binatang??

Tak dapat dibayangkan, sekiranya.....


Baby Rayyan diperlakukan sebegitu rupa...





GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...