Thursday 29 September 2011

Rahsia WARNA KEGEMARAN WANITA

Semua orang pasti mempunyai warna kegemaran. Tahukah korang bahawa warna kegemaran dapat mempamerkan watak korang? Jom kiter tengok personaliti korang berdasarkan warna kegemaran memasing...











Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung & selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda cenderung menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh tolenrasi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seoramg periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupakan suatu kewajipan mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan sesiapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu
Jika warna ungu (violet) menjadi kegemaran anda, maka anda adalah seorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan kedunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu sahaja. Jika anda berada linkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah
Anda seorang yang sangat wibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu fikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...