Friday 20 July 2012

Sepahit Kopi Hitam....

Bila diteliti lirik lagu Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band best ler pulak..Lagu nie mengisahkan tentang sang dara yang mempermainkan hati dan perasaan sang teruna. Lebih kurang macam gitulah lirik lagu nie..tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal lagu nie...takde kena-mengena pun!! :)

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang kau beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T'lah berulangkali ku cuba mengalah
Ternyatan sabarku tak bererti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkan ku sesuka hatimu


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja


Dah lama tak berblog, memang rasa sangat medula oblogata aku nie tepu sangat... :( Sebenarnya banyak benda yang nak dirungkaikan sepanjang bulan lepas...Bermula dengan kemanisan..tapi akhirnya diakhiri dengan kepahitan :( Sangat-sangat sedih bila diingatkan..dan kalau boleh aku taknak menempuh kesedihan dan kepahitan itu sekali lagi...Hati ayah mana yang tak sedih biler anak kesayangan jatuh sakit...hati ibu mana yang tak meraung bila anak kesayangan tak lalu makan...tak lalu minum..Hanya Allah aje yang tahu hati babah dan mama ketika itu.....

Baby rayyan yang dimasukkan ke Hospital Daerah Serian, Sarawak


Susut sangat badan Baby rayyan tika nie..hanya 8.5Kg!!


Baby rayyan dimasukkan kewad, selepas dia mengalami sawan... :( Airmata nie pasti menitis tatkala mengenang dan mengingati saat itu... :( Walaupun sekarang nie, doktor sahkan yang baby rayyan dah sihat, tapi sentiasa pantau dengan kesihatan dia..agar kejadian sama tidak akan berulang.....

P/s : Terima kasih kepada family yg banyak menyokong selama ini...


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan










Monday 28 May 2012

My ANNIVERSARY 2ND YEAR!!

Hari ini genaplah 2 tahun usia perkahwinan kita. Syukurlah!
Walaupun nilaian tempoh itu sebenarnya adalah masih baru, tapi aku bangga bahawa kita telah berusaha mempertahankan ikatan suci itu selama 2 tahun
Alhamdulillah dalam tempoh itu, kita telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang comel, MUHAMMAD RAYYAN ZULHARRAZ


Aku berdoa agar perhubungan kita ini makin intim dan berterusan hingga akhir hayat kita, tiada hadiah yang lebih bernilai dalam perhubungan ini, kecuali kita saling mencintai, saling memahami, saling bertolenrasi dan saling mempercayai...




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan





Tuesday 22 May 2012

Akhirnya berjalan SETAPAK demi SETAPAK..


Inilah saat-saat yang paling dinantikan oleh mama & babah rayyan
Anak yang disayang sudah mula boleh berjalan ^_^


Kalau dulu setapak..setapak..kini bertapak-tapak


Memandangkan baby rayyan telah boleh berjalan dengan jayanya..maka....


Jangan ditanya harga kasut ini... T_T




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan


Monday 7 May 2012

Ayam Kedik-kedik

Sian..Baby rayyan demam lagi!! Maybe rindukan babahnya...
Nasib baik mama rayya cepat "bertindak"
Terus bawak pegi klinik
Alhamdulillah....Masuk ubat kat bontot baby rayyan..terus kebah
Syukur sangat-sangat


Demam demam pun..baby rayyan still nak gagahkan diri lagi..Be STRONG anak mama







P/s : Baby rayyan nak dapat "upah"pandai jalan agaknya....




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan


Thursday 26 April 2012

GORGEOUS tak??

Semalam..jalan-jalan terjumpa barang nie...

...............

...............

...............

...............

...............

Comel tak? Stokin yang dah bersarung kat kaki aku :P


Percaya atau tidak..Stokin nie dibeli dengan rege RM4.00..Dari JEPUN pulak tue...Suka?? Memang suka...hihihihihihihi




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan


Tuesday 24 April 2012

MEWAH



Bestkan kalo dapat hidup mewah....segala apa yang kiter idamkan pasti dapat...Cakap jerk nak beli apa...pasti takde masalah nak dapatkan...nak makan apa..cakap jerk..walaupun pergi makan dekat hotel bertaraf 5 bintang.... @_@






The Chopard Super Ice Cube : USD $1.1Million






GoldStriker IPHONE 3GS Supreme : USD $3.2Million






Porsche Emas


TAPIKAN.....


Anda yang hidup dalam kemewahan pernah tak terfikir atau terlintas dihati anda ingin membantu orang yang kurang bernasib baik? Takkan ada sedikit pun kerugian kalau anda membantu mereka, cukuplah walaupun sedikit, mungkin bagi kita bantuan itu tidak sebesar mana, tapi bagi mereka, sungguh besar bantuan itu..Mereka akan berasa hidup mereka masih diambil peduli oleh orang lain



Aku tidaklah sekaya mana...yang aku ada cuma....



Babah & Baby Rayyan....inilah saham aku diakhirat kelak



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan






Thursday 19 April 2012

Tanpa TAJUK.....

Tiada kata...tanpa bicara
Hanya gambar menceritakan segala-galanya...






Biler baby rayyan berganjak 10 bulan+++



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 13 April 2012

R.I.N.D.U



Biler dengar suaranya...ingin sekali mendakap tubuhnya
Biler lihat wajahnya....ingin sekali menyentuh wajahnya
Biler dengar tawanya....ingin sekali kukatakan padanya....Aku CINTA...RINDU padanya....
Arrrggggghhhhhhhhhhh!!!!
Begitu hebatnya panahan cinta....


Baby Rayyan yang xmengerti apa-apa




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 9 April 2012

Bon Voyage My Darls.....

Kekadang manusia nie perlu lakukan pengorbanan...
Begitu jugak dengan babah Rayyan..
Terpaksa melakukan pengorbanan untuk kami sekeluarga...
Moga pengorbanan babah Rayyan mendapat restu dari-Nya...
Mudah-mudahan


Take care darling....


Mama & Babah Rayyan....





P/s : Rindu..serindu-rindunya....huaaaaaaaa!!!

GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 26 March 2012

Melistik Ke Bintang


Saat kejayaan ditagih...Usaha itu menjadi taruhannya...
Saat kejayaan itu diharapkan...Konsentrasi itu menjadi ukurannya...
Saat kejayaan diimpikan...Angan-angan itu menjadi peransangnya...
Saat kejayaan didambakan...Pada-Nya saja disandarkan segalanya...


CONGRAT'S MY DEAR!!!



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Tuesday 20 March 2012

Sepatu Buat Baby Rayyan...



Sepatu buat Baby Rayyan...
Cantek tak?
Excited Mama Rayyan nak pakaikan untuk Baby Rayyan
Sure Baby Rayyan terlebih suka!!
Pada yang berminat nak oder, boleh ke FB Color Mydiary :)




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 19 March 2012

Sekeping Kad, Sekuntum Bunga, Seraut Kasih....

"Ya Allah Ya Tuhanku...Andai benar firasatku mengatakan..hanya sampai disini sahaja ianya berakhir...aku terima dugaanmu dengan redha..Moga aku tabah menghadapi segala dugaanmu...Ya Allah...."


*sumber : Goggle



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 16 March 2012

Sudah sampai ajalnya....AL-FATIHAH


"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), Kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu..."


Pagi tadi dapat panggilan telefon dari mak...Tok Busu telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua....AL-FATIHAH.........

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleh....


Allahyarhamah ketika masih hayat....(kanan sekali)
1938-2012 (74 Tahun)





GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 12 March 2012

Punch Card

Kenal ini????

Mesin Punch Card!!!

Bagussss!!!


Punch Card?? Sekeping kad yang keras yang wajib dipegang setiap pagi mahupun petang dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun sampai bersara. Betul ke nie definisinya? :P

Fungsi punch card ini lah bukti sedisplin mana pekerja itu datang setiap hari. Sanggup lari bagaikan lipas kudung nak kejarkan waktu ^_^
kekadang ada yang dibuang kerja hanya kerana menipu ketika "mempunch card". Sebabnya tipu OT...Punch balik keje pukul 11.00 malam, tapi biler bos besar datang secara mengejut pukul 8.00 malam, pekerjanya takde! T_T Ada pulak yang punch hari Ahad, konon-kononnya OT tapi bukannya ada kat opis ataupun site..ghupa-ghupanya ada kat umah..dok membongkang tido... Ishh..ish...ish...tak baikkan menipu?? Ramai yang buat cmgini..ada tu pulak suruh kawan-kawan punch biler datang keje...Member punch pukul 8.30 (ontime lagi) tapi empunya punch card tak datang-datang....Yang kesiannya member dia ler...jadi kambing kepala hitam..dok sibuk punch kan orang lain punya punch card :(


Tapi korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalau mintak tolong punch card? Bukan risiko kat diri korang jer...risiko sekali kat kawan yang dah baik hati tolong korang punch card tue...kesian kawan tue...Kalo tak percaya, silalah baca email yang didapat ini....Kisah benar nie tau... :)

Kawan aku- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang kerja...then mintak la Amat (bukan nama sebenar) punchkan..then Amat tolong la...tup..tup on the way nak sampai opis tuh Ali accident..Mula-mula dia koma then 2 hari lepas tue dia meninggal dunia..apa yang menyedihkan..bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan..Sebab apa? Sebab dalam punch card itu membuktikan Ali berada diopis pada waktu yang sama dia accident...so opis nak luluskan pampasan dan everything macam mana?? Opis boleh luluskan JIKA ada sapa-sapa yang mengaku tolong Ali punchkan...Amat taknak mengaku...yelah..kalo dia mengaku dia mesti dikenakan tindakan tatatertibkan? Silap haribulan dia dikenakan buang kerja..so sampai sekarang pampasan tak dapat..yang susah isteri Ali...dah ler tak bekerja...ada dua orang anak pulak tue...nak kuarkan KWSP dan memohon tuntutan dari SOCSO pun hadapi masaalah yang sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? Kalau la korang mintak punch then terjadi apa-apa kat korang atas jalan sapa nak bertanggungjawab? For sure ler kawan yang tolong punch tuh taknak mengaku..Yelah kita dah tolong...sat lagi kita yang kena tanggung?? Kalau kena denda je takpe lah..sat lagi siap kena buang kerja...mana mau cari kerja?? Yang si kawan yang tolong tue, mesti seumur hidup akan rasa bersalah...

Kalau accident patah kaki je boleh la lagi..tak kisah..tapi kalau dah melibatkan nyawa nie, walaupun niat nak tolong tapi biarlah macam orang tua cakap..."buat baik berpada-pada...jangan buat baik tak bertempat".

P/s : Sib baik kat opis tak kena "punch"



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 9 March 2012

Anda GAGAL?? Jangan putus asa...



Setiap masaalah yang membuat kita tersenyum. Kening berkerut bukannya dihindari tetapi harus dihadapi.

Anda gagal dalam peperiksaan

Kata pensyarah @ guru anda, lain yang ditanya dalam soalan lain yang anda jawap.

Jangan frust, jangan kecewa kerana gagal dalam pepriksaan tak kiralah gagal SPM ke..gagal masa di Universiti ke..tak semestinya semuanya sudah berakhir. Kerana masih banyak lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Gagal dalam peperiksaan, tak bermakna gagal dalam mencari peluang pekerjaan.

Anda gagal dalam temuduga

Berkali-kali anda pergi temuduga, takde satu pun yang sangkut.

Jangan frust, jangan kecewa kerana mungkin ada hikmah..tiada rezeki anda disitu. Mana tahu ada tawaran yang lebih besar menanti anda..Siapa tahukan?? :)

Langkah untuk menghadapi putus asa :-
1. Tidak perlu cemas & khuatir terhadap masaalah kecil. Anggaplah sebagai ujian untuk kita mencapai ketingkat yang lebih tinggi.

2. Ingatlah semua masaalah besar adalah hal-hal kecil. Masaalah-masaalah yang kita hadapi jauh lebih kecil daripada kurniaan Tuhan yang telah kita terima.

3. Fahami badai pasti berlaku. Setiap ada kesulitan pasti ada kebahagiaan, setiap ada masaalah pasti ada jalan keluarnya. Seberat apapun masaalah yang kita hadapi sifatnya neutral dan Tuhan pasti memberikan solusi & jalan keluarnya. Bergantung kepada kita mahu mencarinya atau tidak.



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Thursday 8 March 2012

Demam

Baby Rayyan dah demam dua hari...
Malam semalam badan Baby Rayyan panas sangat...
Sampaikan tidur pun tersentak-sentak...Dan pagi semalam Baby Rayyan dibawa kehospital... :(

Alhamdulillah lepas diberikan pelbagai jenis ubat, demam Baby Rayyan semakin kebah..
Doktor kata ..demam biasa...Takde apa-apa..

Dan yang pastinya, mama & babah rayyan sangat risau...

Mommies, please pray for Baby Rayyan....


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Dari Wanita Untuk Wanita...


Untuk pengetahuan semua, 8hb Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia (International Woman's Day). ^_^

Tak kira siapa kita, mahupun dimana kita berada, selagi kita bergelar wanita mahupun perempuan, Hari Wanita Sedunia ini adalah untuk kita. Bestkan kalau pada hari ini, wanita dilayan seistimewa mungkin, bangun pagi dapat bunga sejambak, makan tengahari suami yang masak, overall semua suami yang buat dan kita hari ini dilayan persis sang permaisuri..Yippieee!! Chewah!! Yeler bukan selalu pun kan..Setahun sekali jerk pun...Hehehehehehe adil ke?? Sedangkan Hari Lelaki sedunia tiada pun termaktub dalam mana-mana kalender :P

Anyway, Selamat Hari Wanita!!



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Yang Comel....

Otak dah beku nie, tiada idea untuk menulis entri pasal apa...Well, sementara menunggu otak ini ligat berfungsi seperti sediakala, tataplah gambar budak-budak yang comel ini...Lalalalalalala tomelnya... ^_^

Baby Cs Nurziha


Baby Anor


Baby Mazlin


Baby Elis


Baby Ikin


Comel-comelkan baby diatas...Sorrylah mommies2 coz amik pic tanpa kebenaran :P




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 5 March 2012

Ulat Mulong...Ada Brann??

Kalau orang perempuan mengidam kerana ada baby dalam perutkan?? Tapi kalau orang lelaki yang mengidam, sebab apa erk?? Mesti ada something-somethingkan?? :P Baru-baru nie, babah rayyan sibuk sangat nak makan ulat mulong (sejenis makanan eksotik orang sarawak). Dan kebetulan jugak kat Taman Rinting ada Pasar Tamu (yang menjual pelbagai barangan sarawak)makanya......


Finally...Ulat Mulong..


Ulat Mulong atau Si'et dalam bahasa Melanau @ Tinduh dalam bahasa
Iban


10 ekor = RM5.00


kata babah rayyan, ulat mulong yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang sangat enak..malah lebih enak dari isi udang. Dan biasanya masyarakat Sarawak dinikmati samaada dimasak mengoreng atau disalai bagi yang tidak geli dengan ulat mulong nie pulak, biasanya mereka makan secara mentah sewaktu hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu :P

Dengan rupanya seperti ulat :P, ulat mulong sebenarnya berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk. Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di bahagian Mukah dan Betong, malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam. Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.




P/s : Berat badanku semakin meningkat..apakah???



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 2 March 2012

Aku Terima Nikahnya......

Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering,

Atau pandangan akal yang gersang,

Jauh sekali pandangan nafsu yang melulu....

Pandanglah isteri dengan pandangan hati,

Kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita...."






GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Karipap-Karipap Cinta

Tersentap rasa hati seorang ibu biler......




Video "penderaan mental" yang berlaku di Taska Permata 2, Kota masai baru-baru ini


Kanak-kanak tersebut dibedung dengan kuat, mulut mereka disumbat dengan puting dan mulut mereka ditampal dengan "solutape" (pita pelekat). Adakah mereka yang melakukan ini langsung tidak ada sifat kemanusian atau adakah mereka yang melakukan ini adalah yang baru keluar dari hutan, yang layak dipanggil binatang??

Tak dapat dibayangkan, sekiranya.....


Baby Rayyan diperlakukan sebegitu rupa...





GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Thursday 23 February 2012

Al-Fatihah Buat Adik Faris

Setelah selama 23hari adik Faris bertarung nyawa, akhirnya adik Faris telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.18 pagi tadi. AL-FATIHAH buat adik Faris. Tempatmu disyurga sayang...Al-Fatihah....



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Sembuhlah adik Faris

Sebelum nie, aku ada mengikuti perkembangan adik Faris melalui blog mazidul (wartawan TV3) yang menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH iaitu barah darah. Pada permulaan, adik Faris dikatakan kena sawan dan ada kesan pada otak, dan pada hari ke-empat doktor mengambil air tulang belakang adik Faris, dan doktor mengesahkan bahawa adik Faris menghidap penyakit HLH.

Wajah comel adik Faris


Tanyalah kepada wanita yang bergelar ibu, majoriti mereka sanggup mengadaikan nyawa mereka sendiri demi untuk melihat anak yang dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini. Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba biler melihat anak mereka terlantar kesakitan seperti yang dihadapi oleh adik Faris. Dan saya, seperti jugak wanita-wanita lain diluar sana, juga akan tersentuh biler melihat anak kecil yang terlantar sakit sebegini, dan pastinnya airmata ini akan mengalir dengan penderitaan yang dihadapi oleh adik Faris :(

Keadaan adik Faris yang menghidap penyakit HLH, Barah Darah


Surat dari pengesahan doktor,



Beikut antara luahan Sham (ayah Faris)yang terlantar akibat HLH :-
"Ya Allah, kuatlah dan tenangkan lah hati kami. Kalau betul dia untukku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan-Mu. Aku tahu, kau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat pada hati dan jiwa ini. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hambamu ini. Engkau yang menentukannya.


Biler saya melihat keadaan adik Faris yang terlantar sakit, didalam hati kecil saya berkata, moga adik Faris cepat sembuh (tika ini airmata saya mengalir). Begitu berat apa yang ditanggung oleh adik Faris. Walaupun saya pernah menghadapi apa yang dialami oleh adik Faris (walaupun tidak seberat yang ditanggung oleh adik Faris)namun, saya memahami penderitaan yang ditanggung oleh adik Faris, dengan wayar-wayar yang berselirat, dengan tiap-tiap hari doktor cucuk setiap badan hingga bengkak-bengkak dan meninggalkan kesan, sesungguhnya saya amat-amat memahami......

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sila bank in ke no. akaun berikut :-

MAYBANK 1140-1115-2218 @ 1628-5200-2738

*Sumber : www.mazidulakmal.com


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Wednesday 22 February 2012

Baby Rayyan FLU....Sian....

Baby rayyan flu...sian dengan anak mama...Nie gara-gara "keluar-masuk-keluar-masuk" ke tapak expo Pesta Lelayang tempohari ler..Asyik berembun jerk..Pagi-petang-siang-malam...asyik-asyik muka baby rayyan & family...hihihihihi Takpe ler kan setahun sekali, dan hasil dari berembun, baby rayyan dapat flu! Sian anak mama!! meleleh-leleh hingus baby rayyan..Biler kesat jerk..mula ler...dipaling mukanya ketempat lain. Nak bawak pegi poliklinik, tapi comfirm doktor tak kasi apa-apa ubat, alasan doktor, masih kecil.. :( Kesiankan baby yang kecil-kecil kena flu..Tentu tak lena tido dibuatnya!!


Dimanakah kewajaran memberikan ubat?
Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang kurang dari dua tahun.

U.S Food and Drug Administration telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 11 tahun. Ini berikutan teradapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubata ini secara tidak langsung.

Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk. Memberikan antihistamine (mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru juga turut berkurang.

Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah.

Langkah yang selamat untuk ibubapa merawat anak mereka yang batuk dan selsema
Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan kedalam hidunng anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.


*Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

WOrDLess WedNesDaY #6 2012






GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Tuesday 21 February 2012

Si DOBOT








AaaaaarrrrrrGGGGGGGGHHHHHH!!!!! Rindulah dengan anak mama!!


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...