Thursday 23 February 2012

Sembuhlah adik Faris

Sebelum nie, aku ada mengikuti perkembangan adik Faris melalui blog mazidul (wartawan TV3) yang menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH iaitu barah darah. Pada permulaan, adik Faris dikatakan kena sawan dan ada kesan pada otak, dan pada hari ke-empat doktor mengambil air tulang belakang adik Faris, dan doktor mengesahkan bahawa adik Faris menghidap penyakit HLH.

Wajah comel adik Faris


Tanyalah kepada wanita yang bergelar ibu, majoriti mereka sanggup mengadaikan nyawa mereka sendiri demi untuk melihat anak yang dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini. Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba biler melihat anak mereka terlantar kesakitan seperti yang dihadapi oleh adik Faris. Dan saya, seperti jugak wanita-wanita lain diluar sana, juga akan tersentuh biler melihat anak kecil yang terlantar sakit sebegini, dan pastinnya airmata ini akan mengalir dengan penderitaan yang dihadapi oleh adik Faris :(

Keadaan adik Faris yang menghidap penyakit HLH, Barah Darah


Surat dari pengesahan doktor,



Beikut antara luahan Sham (ayah Faris)yang terlantar akibat HLH :-
"Ya Allah, kuatlah dan tenangkan lah hati kami. Kalau betul dia untukku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan-Mu. Aku tahu, kau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat pada hati dan jiwa ini. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hambamu ini. Engkau yang menentukannya.


Biler saya melihat keadaan adik Faris yang terlantar sakit, didalam hati kecil saya berkata, moga adik Faris cepat sembuh (tika ini airmata saya mengalir). Begitu berat apa yang ditanggung oleh adik Faris. Walaupun saya pernah menghadapi apa yang dialami oleh adik Faris (walaupun tidak seberat yang ditanggung oleh adik Faris)namun, saya memahami penderitaan yang ditanggung oleh adik Faris, dengan wayar-wayar yang berselirat, dengan tiap-tiap hari doktor cucuk setiap badan hingga bengkak-bengkak dan meninggalkan kesan, sesungguhnya saya amat-amat memahami......

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sila bank in ke no. akaun berikut :-

MAYBANK 1140-1115-2218 @ 1628-5200-2738

*Sumber : www.mazidulakmal.com


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

2 comments:

  1. Sy memahami perasaan ibu ayah faris sbb anak sy pun mgidap penyakit yg sama.

    ReplyDelete
  2. Sy memahami perasaan ibu ayah faris sbb anak sy pun mgidap penyakit yg sama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...