Wednesday 22 February 2012

Baby Rayyan FLU....Sian....

Baby rayyan flu...sian dengan anak mama...Nie gara-gara "keluar-masuk-keluar-masuk" ke tapak expo Pesta Lelayang tempohari ler..Asyik berembun jerk..Pagi-petang-siang-malam...asyik-asyik muka baby rayyan & family...hihihihihi Takpe ler kan setahun sekali, dan hasil dari berembun, baby rayyan dapat flu! Sian anak mama!! meleleh-leleh hingus baby rayyan..Biler kesat jerk..mula ler...dipaling mukanya ketempat lain. Nak bawak pegi poliklinik, tapi comfirm doktor tak kasi apa-apa ubat, alasan doktor, masih kecil.. :( Kesiankan baby yang kecil-kecil kena flu..Tentu tak lena tido dibuatnya!!


Dimanakah kewajaran memberikan ubat?
Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang kurang dari dua tahun.

U.S Food and Drug Administration telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 11 tahun. Ini berikutan teradapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubata ini secara tidak langsung.

Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk. Memberikan antihistamine (mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru juga turut berkurang.

Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah.

Langkah yang selamat untuk ibubapa merawat anak mereka yang batuk dan selsema
Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan kedalam hidunng anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.


*Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...