Tuesday 29 November 2011

wARniNg!!

KeCeWa?? ItU HakiKaTNyA....

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari...
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...
Puas kita menangis, takut dan mencari dimana matahari...
Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi...

Belum pun reda dengan kekalahan Malaysia menentang Syria 2-0, pasukan Harimau Muda dikejutkan lagi dengan kekalahan menentang Bahrain malam Ahad lalu dengan jaringan 3-2 yang ketika itu disaksikan oleh supporter Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Pada aku kekalahan Malaysia pada malam itu adalah hakikat yang harus diterima oleh rakyat Malaysia. Sebagai seorang supporter Harimau Muda, aku rasa bersyukur, sekurang-kurangnya player Harimau Muda telah menunjukkan aksi yang terbaik pada malam tersebut. Tahniah!! Buat Nazmi dan juga Mahali. Cuma yang buat aku tak paham dengan segelintir rakyat Malaysia..yang aku umpamakan seperti lalang...Bila Malaysia menang..supporter sorak keriangan..Bila Malaysia tewas mulalah kata.."tah apa-apa la diorang nie main.." Hurm...pada aku, tak perlulah mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa..Cuba kiter berada ditempat player...Bukannya senang dik non oiii!!!Perlu berhadapan dengan pemain-pemain Bahrain yang "bertubuh sasa" ditambah lagi dengan fizikal diorang yang "tinggi lampai" nak dibandingkan dengan player kiter yang rata-ratanya seperti "kecil-kecil cili padi" namun player Malaysia berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang...


Yang kelakarnya malam tadi, babah rayyan bagitau aku, dia taknak pergi kekedai mamak..biler aku tanya kenapa?? Babah rayyan bagitau aku.."DIA TAK SAMPAI HATI nak tengok kekalahan Malaysia menentang Bahrain... :P yang diulangtayang di Buletin Utama...Aduyai...sampai begitu sekali!! Namun aku jelaskan pada suami aku, bola tue bulat...Itu semua sudah tertulis..so sebagai manusia kiter kenalah terima hakikat..Cuba kiter berada ditempat player, belum tentu kiter dapat mempamerkan aksi yang terbaik..Bukan kata nak mewakili Malaysia, nak mewakili sekolah pun belum tentu lagi!! Apatah lagi kalau nak mewakili Soccer Kids!! :P Diakhir perbualan aku dengan suami aku, aku nasihatkan suami aku.."hidup nie jangan jadi seperti lalang...biler ditiup angin, lalang kekanan..kiter kekanan..kalau kekiri kita pun akan kekiri...lalang, walau ditebas, pasti akan tumbuh kembali..Percayalah!!



Dan semalam, di akhbar Harian Metro....Apex dilanda kontroversi lagi biler mana gambar beliau tersebar bersama perempuan lain. Yang pastinya perempuan tersebut bukannya Dahlia Teck, perempuan yang menyebabkan putusnya tunang Apex dengan Elia si jejari runcing. Hurmmm.....ramai yang menghentam si Apex..Dek disebabkan kontroversi-kontroversinya bersama perempuan. Ada yang kata si Apex nie Playboy la...kena kejutan budaya ler...& macam-macam lagi lah...Namun pada pendapat aku, hal berkaitan peribadi Apex tak perlulah kiter masuk campur..Siapalah kiter nak menghukum beliau...Dan secara peribadi, aku "tabik spring" dengan Apex, walaupun Apex dilanda dengan pelbagai kontroversi, prestasi Apex tetap AWESOME!! Dan aku akan tetap menyokong beliau!!



p/s : If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag...!!"

Saturday 26 November 2011

BeriLah AKu SediKiT RuANg...

Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
kau pelihara diriku, imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantiasa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantisa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah
Aku mohon pada-Mu
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku
Atas kejahilan yang berulang kali kulakukan

Ya Allah
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Lindungilah aku, payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu
Peliharalah pandanganku Ya Allah
Peliharalah hatiku Ya Rabbi
Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Ya Allah
Andai aku ditakdirkan mati
Matilah aku dalam iman
Matilah aku dalam islam
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu
Dan matikanlah aku didalam rumah-Mu

Ya Allah
Terimalah taubatku ini
Kerana aku takut dengan azab-Mu
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu
Aku takut Ya Allah



p/s : Moga aku diberikan ketenangan yang hakiki....

Friday 25 November 2011

ThaNK YoU AllaH!!

Aku belajar bersyukur dengan menerima apapun yang aku alami hari ini. Rasa syukur membuatkan fikiran aku lebih jernih dan hati aku menjadi lebih tenang dan tenteram...

Dalam minggu ini fikiran aku sedikit terganggu...Terganggu dengan seorang insan yang tiba-tiba hadir..yang telah "menabur pasir keperiuk nasi" suami aku. Alhamdulillah.. akhirnya doa aku dimakbulkan...Aku bersyukur pada mu Ya Allah!!Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan oleh Allah..dan buat sekian kalinya insan tersebut datang merayu kepada suamiku.... Perlukah aku dan suamiku menolongnya buat sekelian kalinya?? Masih aku ingat disaat-saat gentir aku dan suamiku....Macam-macam perkara..macam-macam kejadian yang berlaku diantara aku dan suamiku..namun aku dan suamiku cuba harungi..walaupun pada tika dan saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa kami berdua tak berdaya hendak melawan dugaanMU...Namun aku tetap BERSYUKUR!!

p/s : Semoga kita semua termasuk golongan orang-orang yang selalu bersyukur...

Monday 21 November 2011

HellO!! IgT OrG PoMPuAn Nie XdE KejE LaiN KE???

Kalo ikutkan Jumaat dan Sabtu aku keje..tapi memandangkan sakit kepala yang amat sangat, maka aku terpaksa amik MC. Actually dari hari Khamis lagi kepala aku sakit-sakit. Tak tahulah kenapa...yang aku perasaan after makan meggi goreng & air horlick yang dibeli kedai mamak, kepala aku terus pening-pening. Kalau setakat pening biasa xpe lah gak...ini pening yang amat..amat sakit...balik keje petang khamis, aku terus terbongkang...nasib baik baby rayyan pun terbongkang sama...so ada peluang aku tido lama sikit...hinggalah babah rayyan balik keje...aku still "tak sedarkan diri" kerana sakit kepala yang amat sangat....
Malamnya, pas babah rayyan balik dari keja, dia suruh aku mandi...aku ingatkan pas bawak mandi..hilanglah sakit kepala..tapi makin berdenyut-denyut sakitnya...MasyaAllah!!


Paginya, pas bangun tido legalah...ghupa-ghupanya still macam malam tadi sakitnya...Disebabkan tak tertanggung sakitnya...tengaharinya, aku pegi Poliklinik Pasir Gudang..Ikutkan babah rayyan ajak aku pegi Hospital Sultan Ismail (HSI) coz rekod kesihatan aku memang ada kat sana..tapi aku tak mau pegi....coz aku takut kena tahan kat wad.. :P so ke Poliklinik Pasir Gudang jerk....Sampai jerk kat sana..Oklah...orang tak ramai...mungkin disebabkan hari Jumaat..Penghulu segala hari bagi orang yang bekerja gomen..coz masa nielah diorang bekerja "sambil lewa" memandangkan esoknya hari Sabtu..boleh enjoy-enjoy..so buat kejenya pun enjoy-enjoylah... :x

MO : Sakit apa?
Aku : Saya nie dah 2 hari peninng kepala..Tak taulah kenapa..
Terus MO pam tekanan darah aku
MO : Tinggi nie darah awak...Ada darah tinggi?
Aku : Xde
MO : Awak Peknen x? Biler last datang period?
Aku : Nie skrg saya tengah datang periodlah!!
(dalam hati aku menyumpah-yumpah)
MO : Oh..ye ke? Oklah xpe, saya kasi awak ubat.

Isshhhhh!! Geram betul aku time tue...Hello!! Igat orang pompuan nie xde keje lain ke?? Nak peknen every year?? Biler orang pompuan sakit kepala sket..mula ler tue...ada suara-suara sumbang "kau pening-pening, dah mabuk-mabuk ler tue"..."hah!! dalam perut dah ada ulat ler tue.." Tu belum lagi kalo ada orang pompuan yang muntah-muntah..terbelahak bersepah-sepah...mesti jawapannya "Wah!! cuti 2 bulan lagi la tue...."!!!!!

Wednesday 16 November 2011

HanYA SeOrANG AYAH

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!"Masam mencuka wajah Thariq didepan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni."Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah."Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!"Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristghfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Tharif, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahir pun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar mengelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!"Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq, jap lagi aku nak tengok kau punya pratikal sains minggu lepas. He..he..nak check betul tak aku punya ni".

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek sains".Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya punya berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah sains takde. Tapi cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kat kata tak bawak. Habislah kau."Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi."Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu."Thariq berkira-kira dalam hati.

terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.................

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni."Kedengaran suara anak kecilnya di talian. Oh, Thariq, kenapa nak?"

"Em...Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku pratikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Ok, jap lagi ayah hantarkan."Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayanganya itu dimarahi gurunya. Biarlah dia berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang."Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat lagi bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!"terbayang diingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq tinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq".teresak-esak Arman melutut disisi anaknya. Menyesali perbuatanya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang karenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabaranya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatanya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku,"kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.......................

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada di dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamkan selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Tharif,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa. s

Ikhlas,
Ayah.

Basah pipi si anak kecil."Ayah, maafkan Thariq."Ada sedikit kekesalan dihati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh disudut hatinya, dia tak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayahnya yang tersayang.

.....................

Kring!! Loceng sekolah berbunyi. Tidak seperti biasa, Thariq lah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayahnya kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatanya.

Sampai di depan pinti pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam diri.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitamkan?"Tanya Faruqi.

"A'ah. Kenapa?"Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em...ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. jantungnya berdegup kencang. Tak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Disimpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedanng mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkah kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah...Ayah!!"Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! jangan tinggalkan Thariq seorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq juga. Ayah!"Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

Thariq?"terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah."Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih disisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.........................

Jam sudah menunjukan angka dua belas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun pagi. Difikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?"Ujat Thariq teragak-agak sambil tanganya memegang bantal busuk Doremonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan dihati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur,"Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah."Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata=kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis airmata mengalir ke pipinya.

"Insyallah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua."Bisik Arman dalam hatinya.

*credit to Nurul Fakhriah Binti Ramli*

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat-baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jangalah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik" (Al-Isra' :23


Kek terakhir yang dibeli oleh arwah ayah...


p/s : Al-Fatihah buat arwah ayah....

BaBy RayyAN 5MtH ++++

11.11.11 genap baby rayyan 5 bulan...Sebenornya nak publish 11.11.11 post nie..tetapi memandangkan 11.11.11 adalah tarikh keramat coz ramai sangat guna tarikh nie, dari yang nak melangsungkan perkahwinan, bertunang, reunion dan etc, so aku batalkan niat nak publish.. :P kalau ikut pada tarikh aku publish hari nie (16.11.11) baby rayyan dah 5bulan 5hari (yeay!yeay! makin beso anak mama :P)

Baby Rayyan dah pandai masukkan tangan kedlm mulut


Isap tangan lagi :P


Pantang letak sket...mulalah baby rayyan nak tunjuk aksi "STUNT" dia


Baby Rayyan with ulat bulu


My L.O.V.E


p/s : Tak sabar pulak nak tengok baby rayyan pandai bertatih...

WOrDLess WedNesDaY #3

Wednesday 9 November 2011

KasIH BaBaH RaYYAn

Malam tadi sambil menonton CINTA ELYSA dan sambil mengulit-mengulit baby rayyan, tiba-tiba babah rayyan bersuara...

Babah Rayyan : Darling, kawan abg si Syawal tu dah g Sabah dah...
Mama Rayyan : Biler dia pegi?
Babah Rayyan : Malam nie..Boss dah belikan tiket dah...tapi boss suruh dia balik kampung dulu...Jumpa anak bini..
Mama Rayyan : Abis abg? (coz husband aku pun dpt offer gak ke Sabah)
Babah Rayyan : Abg kena tunggu sijil abg siap..Esok darling tolong kolkan CIDB erk..tanya dah siap lom sijil abg..
Mama Rayyan : Tadi kat opis Rin dah kol dah...Tapi dia suruh kol setengah jam lagi coz person incharge takde
Babah Rayyan : Tapi..tu lah..abg rasa macam nak tolak jerk offer tue?
Mama Rayyan : Napa? Boss abg offer tak tinggi ke?
Babah Rayyan : Tak lah
Mama Rayyan : Abis tu??
Babah Rayyan : Abg takut nanti, abg rindukan darling dengan baby rayyan..Hari tu pegi KL pun abg dah terbayang-bayangkan muka baby rayyan..Ni lagi ler pulak kalo ke Sabah...

Biler itu jawapan yang hb aku berikan, aku terdiam...aku berdiam bukan bermakna aku tak setuju dengan keputusan yang hb aku buat(walaupun hb aku dpt offer tinggi)...Tapi aku berdiam sebab aku mengiakan setiap butir bicara yang hb aku lontarkan...Bagaimana agaknya keadaan aku dan baby rayyan jika hb aku ke Sabah..Tentunya aku pun rindu jugak dengan hb aku...Yelah dah biasa bertiga..tup..tup tinggal berdua dengan baby rayyan..sapa yang tak rasa janggal..Aku rasa baby rayyan pun akan rasa "ketiadaan" hb aku..cuma baby rayyan tak tahu macammana nak terjemahkan kerinduan dia...
Betul kata orang, kasih-sayang tak boleh dijual beli..Walau banyak mana pun duit kiter...walau sebesar mana pun rumah kiter..walau semewah mana pun kereta kiter, kalau kurangnya kasih-sayang pasti itu semua tak bererti...

Baby Rayyan with Babah

WOrDLess WedNesDaY #2#

Tuesday 8 November 2011

QadA & QaDaR

Segala ketentuan datangnya dari Illahi...Walaupun kadangkala sukar untuk diterima, tetapi harus juga diharungi. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kematian & kegagalan....
Pagi tadi aku dihidangkan dengan berita yang kurang enak didengar.Si A (aku namakan si A) seolah-olah tidak boleh menerima qada & qadar apabila orang yang disayangi kini hidup bahagia bersama perempuan lain.Senang citer suami si A main kayu tiga. Puas aku cuba selami isi hati si A, namun pada aku jawapan yang dapat aku simpulkan tetap sama...TERIMALAH QADA & QADAR DARINYA!! Kiter dah cuba nasihat si B,(yang terang-terang memang dah tak kasihkan lagi isterinya)siap jumpa bomoh lagi nak tilik betol ke si B terkena buatan orang hingga lupakan anak-bini. Tapi jawapannya tetap sama...Jodoh,Ajal Maut semuanya ditangan-NYA..Kalau panjang jodohnya..panjanglah...Tapi kalo dah xde jodohnya..takat itu sahaja, takkan kiter nak menidakkannya?? Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Memang kata orang, "kau tak merasa..kau tak menghadapinya..senanglah cakap..Cuba kalau kau yang kena..Macam mana"?Memanglah..hati siapa yang tak sakit biler orang yang kiter sayang dirampas oleh orang lain..siap show off lagi dengan bininya.. Tapi kalau dah itu pilihan hatinya...teruskan...Takkan kiter nak ngekor kemana sang suami tu pergi? Takkan biler sang suami balik umah, kiter WAJIB! spotcheck handphone dia? Spotcheck FB & TWITTER dia?? Kol kawan-kawannya kemana dia..lepak kat mana..meeting kat mana....dengan siapa....Kan ke buang masa namanya. Kalau orang dah tawar hati...jangan dipaksa...
Pada aku biarlah sang suami menikahi perempuan tersebut..Izinkanlah...kalau itu kehendak sang suami...Dari dia buat benda yang tak elok dibelakang sang isteri..Dosanya sapa yang tanggung? kalau bukan mereka-mereka yang masih hidup....

p/s : Buat sahabatku, aku doakan rumahtangga kalian akan diakhiri dengan HAPPY ENDING..Insyallah..AMIN....

credit to Goggle

Thursday 3 November 2011

NuKiLaN HaTi....

Jam menunjukkan pukul 3.25 pagi. Dari tadi aku tak boleh tido..Tak tahu ler kenapa. Kurenung wajah suamiku..huh!! berdengkur! Kuat pulak tu..Ku tatap pulak wajah anak kesayanganku..baby rayyan...tido...semakin nakal dia tido...Hurm..nampaknya aku sorang jerk yang masih tak boleh melelapkan mata..Kurenung tingkap dirumahku..Gelap..Tiba-tiba kurasa ada titisan air yang mengalir dikelopak mataku..Aku menangis!Tak tahu ler aku..kenapa aku berperasaan sedemikian...sedih..pilu...rindu....Ya!! Aku rindu...aku rindukan seseorang..seseorang yang aku rindu..namun kerinduan aku tidak akan dapat dibalas! Aku rindu akan arwah ayahku!! Arrghhh!! Kenapa? Adakah arwah ayahku merindukan aku jua??? Aku rindukan senyumannya...rindukan leterannya....rindukan raut wajahnya...Wajahnya yang semakin dimamah usia...kelopak matanya yang memandang sayu..Bagaimana agaknya jika arwah ayah masih ada lagi sekarang nie? Tentu dialah orang yang paling gembira...Gembira kerana dia mempunyai dua orang cucu lelaki...Yang boleh menemaninya untuk kemasjid sambil menunggang motor sekuternya..yang boleh dibawa "round" cucunya kekedai..melayan kerenah cucu-cucu lelakinya....Namun..itu semua hanya tinggal kenangan...Arwah ayah pergi tanpa sempat menatap wajah cucu lelakinya yang kedua...baby rayyan....Kesian baby rayyan..hanya menumpang kasih dengan neneknya....tak merasai kasih sayang seseorang yang bernama atuk!!

Aku masih teringat lagi ketika majlis perkahwinanku...28.05.2010..ayah ler orang yang paling gembira sekali...Kali terakhir ayah berjumpa kenalannya..berjumpa saudara-saudaranya...Dan dibulan ramadhan yang lepas juga ler arwah ayah yang paling sibuk ...sibuk menghantar juadah berbuka puasa kerumahku..Ya Allah!! Begitu mulianya hati arwah ayah!! Selalu bersusah-payah untuk anak-anaknya...Tapi itu semuanya tinggal kenangan...Kenangan yang pada aku langsung tak boleh dijual beli..Arwah ayah menghadap illahi ketika umat islam menyambut ramadhan.. Ramadhan terakhir buat arwah ayah..09.09.2010 bersamaan 30 Ramadhan..Takku sangka..arwah ayah begitu cepat meninggalkan aku sekeluarga....Dan ketika ini...06.11.2011 (sama tarikh dengan raya korban) arwah ayah menyambut hari lahirnya yang ke-64...Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang soleh...Walaupun arwah ayah dah meninggalkan lin...namun dihati lin..tetap ada ayah...AL-FATIHAH........

p/s : Tika saat aku menghasilkan nukilan ini...airmataku masih lagi mengalir....

Ketika majlis perkahwinanku


Arwah ayah bersama mak


Wajah ceria arwah ayah...kali terakhir arwah ayah berjumpa saudara-mara dan kenalan lamanya...

Wednesday 2 November 2011

LimA RatuS HinGGiT!!

KAJANG - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 kebawah mulai Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati dikesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil disemua daerah seluruh negara.

"Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Bangi disini semalam.

Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentengan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 kebawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.


Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98% telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut. "Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemaskini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,"jelasnya. Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

"Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,"ujarnya.

Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Pihaknya turut menjangkakan seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

WOrDLess WedNesDaY #1#

mENiARApLah bABy rAyYaN

Assalammualaikum....
Baby Rayyan sekarang dah berumur 4 bulan ++++. Semakin membesar,semakin nakal,semakin cerdik anak mama :P. Tak sangka cepat betul masa berlalu...Dari aku "MEMBOYOT","MELAHIRKAN" dan "MEMBESARKAN" baby rayyan..semuanya untuk baby rayyan..apa-apa yang diperkatakan..apa-apa keperluan..semuanya untuk baby rayyan..Biarlah orang kata mama "taksub" dengan rayyan...mama tak kisah pun...yang penting, hati mama puas..sebab mama dan babah ada rayyan... :)

The latest sekarang nie, baby rayyan dah pandai meniarap dan dah pandai main air liur...Puhhhhh...Puhhhhh...sikit-sikit sembur air liur dia sampai jadi belon..yang tak tahannya biler mama dia dukung dia...habis baju mama dia basah..dek terkena air liur baby rayyan..hahahaha..kekadang dah lap air liurnya dengan saputangan..still jugak disemburnya...Kesian mama dia...tiap hari kena tukar saputangan...coz saputangan baby rayyan...MASAM!! Bau susu!! Masam-masam pun sodap!! Hahahaha..Mama dia suka sangat cium..Expecially saputangan & bantal kepala dia... :P Walaupun masam-masam..itulah pengubat kerinduan mama dia dekat baby rayyan...


Lagi satu "ilmu" yang baby rayyan dah dapat..MENIARAP!Pantang letak sikit..mula ler baby rayyan meniarap! kekadang takut gak nak letakkan baby rayyan kat atas katil...takut tergolek kebawah!!
Nauzubillah!!Selisih!Dijauhkan!! Kalo dulu time baby rayyan baby lagi..selalu gak aku letakkan baby rayyan kat sofa umah aku..Tapi la nie..dah xboleh dah...Dah xpercaya dah...Kang xpasal-pasal...Benjol plak kepala baby rayyan...Kalo benjol xpe lagi..buatnya ada yang terseliuh ke..patah ke...!! Ishhh mintak dijauhkan lah...Kekadang aku tengah masak didapur pun, aku intai-intai si baby rayyan....Pantau apa yang dia tengah buat...Malang memang xberbaukan!! So lebih baik kiter menghindari sebelum terkena.. :P Kekadang tue, aku & babah rayyan ketawa tengok aksi "stunt" baby rayyan...Ya ampun!! Dia golek-golek ala-ala citer hindustan!! Kekadang tu sampai ke bawah sofa perginya!! Hahahahaha!!


Terima kasih ya ALLAH dengan anugerah yang kau berikan...SYUKUR!

WeLcOmE NoVeMbEr

November Rain
When i look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when i hold you
Don't you know i feel the same

'Cause nothin'lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

We've been through this such a long time
Just tryin'to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
And no one's really sure who's lettin go today
Walking away

If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin'that you were mine
All mine
So if you want love me
Then darlin'don't refain
Or i'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time..on their own
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time....all alone

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes i need some time on my own
Sometimes i need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left the blame
So never mind the darkness
We still can find the way
"Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Don't think that you need somebody
Don't think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one


p/s: yesterday 01.11.11...sweetkan??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...