Wednesday 2 November 2011

LimA RatuS HinGGiT!!

KAJANG - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 kebawah mulai Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati dikesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil disemua daerah seluruh negara.

"Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Bangi disini semalam.

Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentengan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 kebawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.


Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98% telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut. "Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemaskini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,"jelasnya. Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

"Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,"ujarnya.

Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Pihaknya turut menjangkakan seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...