Thursday 23 February 2012

Al-Fatihah Buat Adik Faris

Setelah selama 23hari adik Faris bertarung nyawa, akhirnya adik Faris telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.18 pagi tadi. AL-FATIHAH buat adik Faris. Tempatmu disyurga sayang...Al-Fatihah....



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Sembuhlah adik Faris

Sebelum nie, aku ada mengikuti perkembangan adik Faris melalui blog mazidul (wartawan TV3) yang menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH iaitu barah darah. Pada permulaan, adik Faris dikatakan kena sawan dan ada kesan pada otak, dan pada hari ke-empat doktor mengambil air tulang belakang adik Faris, dan doktor mengesahkan bahawa adik Faris menghidap penyakit HLH.

Wajah comel adik Faris


Tanyalah kepada wanita yang bergelar ibu, majoriti mereka sanggup mengadaikan nyawa mereka sendiri demi untuk melihat anak yang dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini. Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba biler melihat anak mereka terlantar kesakitan seperti yang dihadapi oleh adik Faris. Dan saya, seperti jugak wanita-wanita lain diluar sana, juga akan tersentuh biler melihat anak kecil yang terlantar sakit sebegini, dan pastinnya airmata ini akan mengalir dengan penderitaan yang dihadapi oleh adik Faris :(

Keadaan adik Faris yang menghidap penyakit HLH, Barah Darah


Surat dari pengesahan doktor,



Beikut antara luahan Sham (ayah Faris)yang terlantar akibat HLH :-
"Ya Allah, kuatlah dan tenangkan lah hati kami. Kalau betul dia untukku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan-Mu. Aku tahu, kau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat pada hati dan jiwa ini. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hambamu ini. Engkau yang menentukannya.


Biler saya melihat keadaan adik Faris yang terlantar sakit, didalam hati kecil saya berkata, moga adik Faris cepat sembuh (tika ini airmata saya mengalir). Begitu berat apa yang ditanggung oleh adik Faris. Walaupun saya pernah menghadapi apa yang dialami oleh adik Faris (walaupun tidak seberat yang ditanggung oleh adik Faris)namun, saya memahami penderitaan yang ditanggung oleh adik Faris, dengan wayar-wayar yang berselirat, dengan tiap-tiap hari doktor cucuk setiap badan hingga bengkak-bengkak dan meninggalkan kesan, sesungguhnya saya amat-amat memahami......

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sila bank in ke no. akaun berikut :-

MAYBANK 1140-1115-2218 @ 1628-5200-2738

*Sumber : www.mazidulakmal.com


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Wednesday 22 February 2012

Baby Rayyan FLU....Sian....

Baby rayyan flu...sian dengan anak mama...Nie gara-gara "keluar-masuk-keluar-masuk" ke tapak expo Pesta Lelayang tempohari ler..Asyik berembun jerk..Pagi-petang-siang-malam...asyik-asyik muka baby rayyan & family...hihihihihi Takpe ler kan setahun sekali, dan hasil dari berembun, baby rayyan dapat flu! Sian anak mama!! meleleh-leleh hingus baby rayyan..Biler kesat jerk..mula ler...dipaling mukanya ketempat lain. Nak bawak pegi poliklinik, tapi comfirm doktor tak kasi apa-apa ubat, alasan doktor, masih kecil.. :( Kesiankan baby yang kecil-kecil kena flu..Tentu tak lena tido dibuatnya!!


Dimanakah kewajaran memberikan ubat?
Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang kurang dari dua tahun.

U.S Food and Drug Administration telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 11 tahun. Ini berikutan teradapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubata ini secara tidak langsung.

Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk. Memberikan antihistamine (mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru juga turut berkurang.

Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah.

Langkah yang selamat untuk ibubapa merawat anak mereka yang batuk dan selsema
Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan kedalam hidunng anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.


*Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

WOrDLess WedNesDaY #6 2012






GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Tuesday 21 February 2012

Si DOBOT








AaaaaarrrrrrGGGGGGGGHHHHHH!!!!! Rindulah dengan anak mama!!


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Friday 17 February 2012

Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Assalammualaikum & Morning Peeps!!

Malam tadi lepas balik dari Festival Layang-Layang Sedunia kat Bukit Lelayang, terus lepak..kepenatan! Aduh!! Betapa penatnya kaki-kaki aku, memandangkan tempat parking keta tersangat ler jauh! Kesian babah rayyan kena dukung baby rayyan yang sedang tido..Kesian anak mama jugak! :( Dan hasil dari kepenatan yang melampau, malam tadi aku tido dengan nyenyaknya!! TAPI..............biler pepagi aku bangun, aku teringat mimpi aku malam tadi..(org ckp kalo tido dlm kepenatan, susah kiter nk bermimpi..tapi aku?) Aku mimpikan kawan baik aku beli keta!! Halawei!! kalau betul ler kawan aku nie dah beli keta, aku tumpang naik..hihihihihi Yelah! Satu perkembangan yang sihat ler kalau kawan aku nie dah pakai kete..coz selama nie kawan aku nie gi keje, balik keja hanya tunggang tenggiling (motor ler tue)Anak pulak ramai..kesian aku tengok..Dalam mimpi aku tue, kawan aku tue dok sibuk ajak naik "kete baru" dia..Siap tarik-tarik lagi tangan aku, ajak "naik kete baru" dia...Biler aku tanya dia beli "keta" apa..Dia tak cakap apa-apa pun..Dia dok asyik tarik tangan aku ajak naik "keta baru" dia tue :))

Dan pagi tadi biler teringatkan mimpi aku, sesampai jerk kat opis, aku terus kol kawan aku tue..Sebab aku rasa macam ada yang tak kena dengan mimpi aku nie..Maybe dia rindukan aku kot..sebab tue aku mimpikan dia..or maybe sebab dia dah bersalin kot, tapi dia tak sempat nak bagitau kat aku, tu yang aku mimpikan dia..maybe....Biler aku kol, aku ceritakan pasal mimpi aku, akhirnya terjawab...rupa-rupanya kawan aku nie baru jerk lepas accident 2 hari yang lepas...dan...hari nie kawan aku baru naik keja coz MC!Alhamdulillan nasib baik ler kawan aku takde apa-apa...juz anak & husband dia luka-luka kecil dibadan...Syukur..


P/s : Tak sabar nak tggu lunch, nak gi bukit lelayang with my best fren


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Thursday 16 February 2012

Ala-ala Orang Omputih Sambut Valentine

Actually hari tue (14hb February) aku nak post entri nie. Tapi memandangkan kekangan kerja yang melambak-lambak..ditambah pulak dengan toilet opis aku berkerja takde air, so nak menulis pun agak tersangkut-sangut lagak najis aku jugak yang tersangkut-sangkut!! Azab sungguh biler takde air! Nie baru sehari takde air. Macam mana agaknya kalo takde air terus? Mau mati beragan dibuatnya!

Ok berbalik pasal entri aku kali nie, nak citer nie..nak citer dengan sorang "pak tua" yang dok satu opis dengan aku nie. Pak tua nie umo dia dah mencecah 40++ ler, tapi perangai macam bebudak yang umo 14 tahun lagaknya. Ceritanya begini, masa 14hb Februari baru-baru nie, pak tua nie dok sibuk nak mintak promission nak balik awal dari aku. Yelah aku mestilah kena tau napa dia nak balik awal, sebab keje pak tua nie banyak yang terbengkalai. Keje tak siap tapi dok sibuk nak balik awal..So aku tanyalah dengan pak tua nie napa nak balik awal...Korang tau apa yang dia jawab?? "Abg *** nak balik awal coz nak pegu UO Superstore nak beli kad VALENTINE..." WTF!! Nak balik awal coz nak beli kad valentine!! Katanya lagi, kalau tak beli apa-apa untuk wife abg *** nanti majuk kang susah!! Aduhai! Terkedu aku seketika!! Bukan ke HARAM disambut? HARAM!! HARAM!! HARAM!! Sebagai seorang yang satu opis, sebangsa, dan seagama memang sepatutnya aku bagitau tentang HARAM sambut valentine, dan seharusnya pak tua pun cukup maklum tentang HARAMNYA SAMBUT VALENTINE..

Camni ler ghupa aku biler pak tua kata nak beli kad valentine


Tak tau macam mana nak jelaskan pada pak tua, akhirnya aku goggle "hukum haram sambut valentine" dan finally aku jumpa satu blog nie, BuletinOnline, so aku emailkan terus kepada pak tue...Mudah2han dia faham dengan segala fakta yang terkandung dalam blog tue...Mudah2han... :)

Hukum Sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat islam hari kebesaran bagi umat islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T :
Bagi tiap-tiap umat, kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata :
Nabi S.A.W pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Riwayat Al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah kedalam kalender umat islam seperti Maulid Al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain-lain.

Namun apa yang mendukacitakan adalah umat islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tiada kaitan dengan umat islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T seperti Sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda S.A.W untuk meniru budaya bukan islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.Sabda baginda :-
"Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka".(Riwayat Imam Abu Dawud, hadis no :3512).

Tentang hukum menyambut valentine, Sheikh Al-'Utsaimin berkata :
"Maka bila dalam merayakan hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang memutuskan : "Bahawa amalan menyambut Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh islam".

So diharap email yang aku hantar pada pak tua, boleh membuka mata & minda pak tua, kerana harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diRedhai Allah S.W.T.



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalammualaikum & morning peeps!!
Sekarang nie sibuk orang memperkatakan tentang Johor Premium Outlet yang terletak di Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai. Member-member kat Facebook dok sibuk bergambar di sekitar kawasan Johor Premium Outlet.Asyik dok sibuk melanggok tengok gambar-gambar member ketika di Johor Premium Outlet, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki kesana. Bersama-sama dengan "askar-askar wataniah terlatih" (anak-anak sedara aku ler tue) kami kesana dengan 2 buah kereta.. :)

Nielah anak-anak sedara aku + mak aku


Sampai jerk kesana, first skali yang kitaorang buat, apalagi kalo tak bergambar dan bergambar lagi...hihihihihihihihi Bukannya apa, dah memang expect dah kat sana barang-barang agak mahal, so kesana hanya cuci-cuci mata..Mahal-mahal pun anak sedara aku sempat shopping jam tangan, and mak aku pulak sempat shopping handbag :)Aku?? Juz survey & survey... :P

Johor Premium Outlet


Agak sesak kawasan parking. Parking kena bayar yea :)RM3



Do you feel hungry? Yeah let's eat! Dari food court sampai la ke restaurant yang posh. Pilih jerk yang mana menjadi idaman kalbu :P


Tempat nie sangat-sangat cantek! Cozy habis! Rasa macam kat obersea pun ada gak. Betul kata member-member babah rayyan. I really like the place!! Memang akan datang lagi walaupun hanya membeli sekeping coklat yang berharga RM14.00 se bar :P

Sebahagian butik-butik yang ada kat JPO yang sempat di snap pic :-

Guess


Micheal Kors


Coach..Kepada kekwn yg dok sibuk bangga sgt psl beg coach dia tue yang dibeli kat obersea..kat sini pun ada jugak tau!! :P


Padini..kat sini lebih murah & byk choices berbanding Padini Jusco Tebrau & City Square


Nike....Ada minat satu barang kat sini...Insyallah aka ku grab gaji nie!!


Tu sebahagian gambar yang sempat aku download..memang banyak giler butik-butik yang tak sempat aku & family aku jelajahi. Dengan keadaan yang agak sesak ditambah pulak dengan udara yang sangat panas, hanya sebahagian saja yang sempat kitaorang survey-survey.. :P

Baby Rayyan yang dah start rimas dengan keadaan sekeliling


Sempat pic before masuk ke Nike butique


Babah & baby rayyan


Kat escalator pun sempat ber pic :P


Sebahagian dari family aku...ada lagi...yang ada nie pun dah boleh bikin gamat


Overall, if you ask me about all the items, errrmmmm honestly, tak ler murah mana pon (orang yang shoping-moping kat sini pun kebanyakkannya guna CC :P -pakai dulu bayar kemudian :P)Kekadang Year End Sale (YES) / Mega Sales tu lagi best sebab banyak choice. My advise kalo nak ke JPO nie better pergi time keja, coz tak ler sesak berbanding hari minggu dan cuti umum :)


P/s : Hanya mampu pakai barang-barang dari Pasar Karat...


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Monday 13 February 2012

5 Rencah 3 Rasa

Andai aku diberi pilihan ditika ini..Ku ingin sendirian
Menikmati Keindahan Tuhan
Mensyukuri nikmat yang Maha Pencipta kurniakan
Namun aku hanya punya sedikit waktu untuk itu
Adakah masih ada ruang untuk aku menikmati semua itu?
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.....


Andai aku diberi pilihan...Ku ingin terbang bebas seperti burung diangkasa
Tanpa memikirkan apa yang terbuku dihati..apa yang dipendam dijiwa
Agar aku dapat terus mengecapi bahagia.....


Namun...Sebagai khalifah dibumi Allah, Ku terima setiap takdir yang diberikan oleh-Mu
Akan ku sahut cabaranmu....
Akan ku teruskan perjuangan hidupku...


Moga dengan takdir yang diberikan oleh mu Ya Allah,
Kasih sayangku padamu akan terus utuh....
Akan terus bersemi...
Akan terus mewangi selamanya...





GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Thursday 9 February 2012

Biler Baby Rayyan Ke Library....

Semalam, kebetulan bawak mak aku ke Bank BSN untuk tukar baucer 1Malaysia, sempat ler aku melayan baby rayyan. Memandangkan orang yang terlalu ramai yang dok sibuk tukar baucer 1Malaysia kat BSN, ditambah pulak dengan aircond yang tak terlalu "sejuk" kat BSN..membuatkan aku dengan baby rayyan keluar "amik angin"...Dalam menunggu mak aku dengan baby sitter baby rayyan, sempatler aku menjengah Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Rasanya dah dekat berbelas-belas tahun gak aku tak masuk library nie. Last aku masuk kalo tak silap aku, time nak amik SPM tahun 1996. Itulah kali terakhir aku kesana. Dahsyat kan aku?? :P

Keadaan? Still sama waktu zaman aku muda-muda dulu :P Yang bezanya, kat ruang tengah-tengah ruang membaca majalah tue, adalah komputer 3,4 biji. Ermmm tapi aku xsure samada pc tu boleh guna ke idok...coz aku tengok malap jerk pc tue... :P Buku-buku? Still buku yang old fashion..Cuma bahagian majalah jerk agak upgrade sket..Coz majalah kat situ semua yang latest-latest..Kira ok ler tu kan..Ada ler sket kemajuan... :)

Dan seperti biasa....biler dah bawak baby rayyan masuk ke library, diruang kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.........

................................

................................

................................

................................

................................












Biler aku tengok baby rayyan dok "tekun membaca", aku hanya diam terpaku..kerana aku sudah penat!! AAArrrrrrrrggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Wednesday 8 February 2012

Gigi Putih Baby Rayyan

Hahahahahaha!! Baby Rayyan dah berumur 7mth+++ finally, baby rayyan dah tumbuh gigi...Sukanya aku bukan kepalang!! Lepas nie boleh ler baby rayyan gigit benda yang tak sepatutnya dia gigit!! :) Patutler air liur baby rayyan asyik meleleh jerk..rupa-rupanya nak tumbuh gigi anak mama nie... :)

Baby Rayyan yang semakin "lasak".


Baru tumbuh sebatang gigi rayyan, mama yang excited. Tumbuh bahagian bawah pulak tue...Kata mak aku, kalo baby tumbuh gigi bahagian bawah dulu, baby tue biler besar, cakap tak meninggi...(cakap beso) Mudah-mudahan. Nasib baik sepanjang pertumbuhan gigi baby rayyan, dia tak demam & banyak meragam..Alhamdulillah. Kalau tak susah jugakkan??

Habis ler lepas nie sapa yang menjadi mangsa "gigitan" Baby Rayyan..


P/s : Semakin membesar baby rayyan....



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

WOrDLess WedNesDaY #4 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...