Thursday 16 February 2012

Ala-ala Orang Omputih Sambut Valentine

Actually hari tue (14hb February) aku nak post entri nie. Tapi memandangkan kekangan kerja yang melambak-lambak..ditambah pulak dengan toilet opis aku berkerja takde air, so nak menulis pun agak tersangkut-sangut lagak najis aku jugak yang tersangkut-sangkut!! Azab sungguh biler takde air! Nie baru sehari takde air. Macam mana agaknya kalo takde air terus? Mau mati beragan dibuatnya!

Ok berbalik pasal entri aku kali nie, nak citer nie..nak citer dengan sorang "pak tua" yang dok satu opis dengan aku nie. Pak tua nie umo dia dah mencecah 40++ ler, tapi perangai macam bebudak yang umo 14 tahun lagaknya. Ceritanya begini, masa 14hb Februari baru-baru nie, pak tua nie dok sibuk nak mintak promission nak balik awal dari aku. Yelah aku mestilah kena tau napa dia nak balik awal, sebab keje pak tua nie banyak yang terbengkalai. Keje tak siap tapi dok sibuk nak balik awal..So aku tanyalah dengan pak tua nie napa nak balik awal...Korang tau apa yang dia jawab?? "Abg *** nak balik awal coz nak pegu UO Superstore nak beli kad VALENTINE..." WTF!! Nak balik awal coz nak beli kad valentine!! Katanya lagi, kalau tak beli apa-apa untuk wife abg *** nanti majuk kang susah!! Aduhai! Terkedu aku seketika!! Bukan ke HARAM disambut? HARAM!! HARAM!! HARAM!! Sebagai seorang yang satu opis, sebangsa, dan seagama memang sepatutnya aku bagitau tentang HARAM sambut valentine, dan seharusnya pak tua pun cukup maklum tentang HARAMNYA SAMBUT VALENTINE..

Camni ler ghupa aku biler pak tua kata nak beli kad valentine


Tak tau macam mana nak jelaskan pada pak tua, akhirnya aku goggle "hukum haram sambut valentine" dan finally aku jumpa satu blog nie, BuletinOnline, so aku emailkan terus kepada pak tue...Mudah2han dia faham dengan segala fakta yang terkandung dalam blog tue...Mudah2han... :)

Hukum Sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat islam hari kebesaran bagi umat islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T :
Bagi tiap-tiap umat, kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata :
Nabi S.A.W pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Riwayat Al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah kedalam kalender umat islam seperti Maulid Al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain-lain.

Namun apa yang mendukacitakan adalah umat islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tiada kaitan dengan umat islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T seperti Sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda S.A.W untuk meniru budaya bukan islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.Sabda baginda :-
"Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka".(Riwayat Imam Abu Dawud, hadis no :3512).

Tentang hukum menyambut valentine, Sheikh Al-'Utsaimin berkata :
"Maka bila dalam merayakan hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang memutuskan : "Bahawa amalan menyambut Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh islam".

So diharap email yang aku hantar pada pak tua, boleh membuka mata & minda pak tua, kerana harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diRedhai Allah S.W.T.



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...