Monday 31 October 2011

8P TipS KeBahaGiaaN RuMahTangGa

1.P yang pertama ialah "PUJI" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.P yang kedua ialah "PELUK" yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.P yang ketiga ialah "PENGHARGAAN" dimana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4.P yang keempat ialah "PERHATIAN" yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5.P yang kelima mewakili "PERSEFAHAMAN" kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6.P keenam membawa maksud "PERGAULAN" iaitu pasangan suami-isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7.P yang ketujuh adalah "PERCUTIAN" dimana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8.P yang terakhir "PERMOHONAN" iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih-sayang antara pasangan suami-isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronakan dunia.

p/s : perkahwinan aku baru setahun jagung..doa aku semoga keharmonian rumahtangga kami kekal selamanya...

bIRThDAY mAk,fiZA & kASeh

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday Dear EMAK,FIZA & KASEH
Happy Birthday To You


MAK~25th OCTOBER
Happy Birthday To MAK,FIZA & KASEH....Bulan oktober nie memang ramai yang celebrate birthday..Tak terkecuali buat mak yang tersayang..25th October..Puan Jamilah Binti Jantan...Semoga mak dipanjangkan umur...& dimurahkan rezeki..Tahun nie harijadi mak yang ke-60..Maknanya 60tahun jugak mak melayari idop ini, melayan kerenah anak-anak....(sekrg nie anak-nak dah beso...skrg mak sibuk melayan kerenah cucu-cucu pulak..xpecially baby rayyan..yg selalu mtk dukung hehehehe :P)

Memandangkan mak xberminat cake yang berkrim....so kitaorang belikan mak brownies from Secret Recipe...Hasil dana Cik Ct & Mama Rayyan :P

Jeng...jeng....jeng...terkantol sudah!! Mak kata yang 60 tu buang 0...so jadi 6 tahun...hihihihi :P Actually time beli kek nie..mtk budak secret recipe tue tulis dlm bhs jawi....tapi xpandai katanya..:P so kitaorang wishkan mak dlm bahasa melayu... :))

Seisi potong-memotong kek...walapun acaranya cukup sederhana, namun tetap berkesan dihati mak & aku...T_T Love You Mak....

KASEH~26th OCTOBER
Hurm...actually aku xsure, berapa haribulan birthday Kaseh (kaseh nie anak kepada sepupu aku..Pn Net :P)Memandangkan time celebrate hari tu 26th October..so aku noted 26th jerk ler...Hihihihi...Tak kisahlah kan...yang penting..aku dapat hadiri event tue...Alhamdulillah...Walaupun present yang dibeli xseberapa... THANK YOU to Pn. Net & En. Aki for inviting us to Kaseh birthday party.. ^_^

Birthday Girl With Wedding Dress...Teruja Baby Rayyan!!

Budak-budak yang paling happy biler birthday party...coz dpt tiup lilin...Hihihihi

Tengok Baby Rayyan....:P



FIZA~27th October
Siti Nurhafisza a.k.a anak sedara aku yang paling debab..Actually birthday kitaorang celebrate sekali dengan mak aku....Save sket :Phihihihi Fiza nie fanatik sangat dengan ANGRY BIRD..Kalo bleh semua barang-barang skolah dia nak ANGRY BIRD..So birthday dia hari tu...aku presentkan dia angry bird...(lupa nak snap pic):P Itupun masa aku nak wrapping hadiah si fiza nie..punya lah kelam-kabut...Coz sajer nak wat suprise kat dia...^_^


p/s : tak sabarnya nak tunggu umur baby rayyan setahun...:p

Tuesday 18 October 2011

HAngOuT~PasaR KaraT

Hai!! Sejak-menjak dah ada "wordless wednesday" nie...penyakit (M)selalu menghantui diri..Mana taknya..biler malas nak update apalagi...gambar aje yang ditepek. Selalu yang menjadi mangsa pakcik goggle ler :p...Tapi hari nie aku taknak bermalas-malasan..tengah rajin nie....Chewah!! Rajin ler sangat..sampai keje yang lain terbengkalai! :)Oh ya!! Lupa plak aku nak bgtau, malam minggu yang lalu, aku & family pegi hangout kat pasar karat...Korang tau tak kat mana pasar karat? Pasar karat nie betol-betol kat tengah bandar JB.. Kat jalan Dhobi..Kalo korang rasa bosan, tak tau apa nak buat kat umah..bleh arr lepak-lepak kat pasar karat...Kat pasar karat nie macam-macam benda korang bleh jumpa...dari barang antik...barang moden..hingga ler barang yang pelik-pelik...Biasanya pasar karat ni dibuka dari pukul 7.00mlm hingga ler awal pagi...kalo pukul 2 pun korang gerak dari rumah...toksah risau...coz makin nak kesubuh..makin ramai orang yang ber"window shopping" kat pasar karat nie... :)










Thursday 13 October 2011

WOrDLess WedNesDaY

Korang penah dengar tak WORDLESS WEDNESDAY? hurm...aku pun tak tahu apa itu wordless wednesday.Setelah mengoggle dan mengoggle nak tau apa itu wordless wednesday, akhirnya aku jumpa apa maksud wordless wednesday...

Maksud WORDLESS WEDNESDAY :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar diblog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.


Wah, makin hari rabu makin rancak n3 wordless wednesday yang dipublish oleh blogger-blogger, semakin banyak n3-n3 wordless wednesday...walaupun sebenarnya benda nie dah lama dah wujud dikalangan blogger-blogger cuma....aku jerk yang baru tau...kihkihkih :P


Wednesday 12 October 2011

PRoUd MoM

Kata Lukman AL-HAKIM...
"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam didalamnya...Bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama TAQWA, isinya IMAN, dan layarnya TAWAKKAL KEPADA ALLAH".

My Little Prince~Muhammad Rayyan Zulharraz






Inilah ghupa mama rayyan yang tengah dalam pantang... :P

WheN PerUt MemBoYoT

Pagi tadi dok belek-belek album...aku ternampak plak gambar time aku peknen...hihihihihi..gemuk tol aku that time...Ishhhh...kalo tak silap aku...time nie berat badan aku mencecah 93kg!! OMG!! Takut gak if lepas bersalin, berat aku tak turun... Alhamdulillah...lepas bersalin jerk badan aku terus susut...ramai gak ler member-member dan jiran-jiran sebelah umah tegur dengan kesusutan badan aku nie.....Hurm...oklah kalo susut...sekurang-kurangnya boleh ler aku jimat tak perlu nak cari pil/ubat untuk kuruskan badan....Kata Darl's aku...lepas nie kena ler beranak selalu....nanti semakin susut ler badan....Amboi-amboi...kedek ler tue nak kuarkan duit beli ubat kuruskan badan..... :P

Ehsan dari Pakcik Goggle
Time nie diawal kehamilan....Kalo tak silap usia kandungan 2 bulan lebih

26 weeks
Time nie dah memang tak larat dah...Tapi digagahkan jugak!! U can do it Rin!!
See...Besokan....Tengah menghitung hari.....
Sapa kata time peknen tak mabuk-mabuk....loya-loya.....??Macam-macam benda yang nak dikudap untuk ilangkan mabuk-mabuk & loya-loya......Biasanya kalo aku hanya dengan mengudap pelam muda dicicah dengan garam jerk yang boleh ilangkan mabuk-mabuk aku tue.. :P

Pelam Pakcik Guard tempat aku keje yang kasi
Pelam nie ehsan dari Pakcik guard tempat aku keje...tak tau ler aku apa motif dia bagi buah pelam nie kat aku...maybe dia kesian kot tengok aku...hari-hari dok parking kete kat bawah pokok pelam....Buah plak tengah banyak...aku nak amik tak sampai....So...pagi-pagi lagi pakcik guard dah ketuk pintu opis aku bawakkan buah pelam..Yeay!! Macam tau-tau jerk pakcik guard nie aku tengah aim buah pelam nun...Kihkihkih...Anyway thanks Abg Lahak!! :))

Tuesday 11 October 2011

LiBAs!

Minggu lepas aku sepakat dengan darl's aku kitaorang bercuti..amik half day..hihihihihi...Baby Rayyan buat pertama kalinya kena tinggal kat umah baby sitter dia....Biasanya kalo kemana-mana memang kiter orang akan bawak baby rayyan...tapi kali nie terpaksa ler kitaorang tinggalkan baby rayyan...coz babah ajak mama tengok wayang ler sayang.... :))) Semenjak ngandung sampai le habis pantang..baru la nie aku berpeluang nonton wayang with my darl's...Mulanya malas gak nak pegi..tapi memandangkan orang tu yang blanja..apalagi...aku on jerk ler.....Bukannya selalukan...kan...kan....

Kitaorang sampai kol 12.30PM...time-time camnie...memang xperlu nak Q panjang-panjang...coz time orang keje...so tak ramai ler yang menonton time nie....Hihihi...Mula-mula kitaorang tgk papan tanda "NOW SHOWING"...dok belek-belek citer apa yang besh.....




Banyak sangat filem yang ditayangkan..Tak tahu mana satu yang kitaorang nak tengok..Usha punya usha...finally kitaorang select citer LIBAS....lakonan by : Scha, Rosyam Nor, Johan Raja Lawak & etc....

Ok gak ler citer nie....pada aku yang membuat citer nie "idop" dengan adanya Johan Raja Lawak & Fadzly Kamarulzaman (pendatang baru kot....aku xpenah tgk dia berlakon citer lain...xtau ler aku kalo dia ada berlakon citer lain..aku terlepas pandang..) Aku paling suka part Rosyam Nor ajak Fadzly (Kumok) pegi makan...pelbagai adegan kelakar yang dapat kiter tengok.... :P

5 star yang dioffer...aku bagi 4 star untuk filem LIBAS!!

NaSi Goreng CiLi Padi...PedaS SeHHHH.......

Aduyai....pening lagi kepala aku nie..Dari pagi hingga bawak ketengahri...xbaik-baik gak...tension aku dibuatnya....nak kata aku tak breakfast pagi tadi....dah breakfast dah...Nasi goreng lagi!! Buat sendiri lor...Tah pasal apa tah...tahap kerajinan aku memuncak pagi tadi....seawal 6.30 pagi aku dah sediakan breakfast for my darl's..Hihihihihi Rajinkan aku....Kihkihkih Hari nie jerk rajin...hari-hari yang berikut..i'm not sure!! :P Selalunya breakfast tunjuk-tunjuk jerk....Hihihihihi...

Nie namanya nasi goreng cili padi syok sendiri!! :P Nie resepinya :-
Bahan-bahan :-
1. Bawang Merah 4 ulas
2. Bawang Putih 3 ulas
3. Cili Padi..(ikut suka...Nak pedas..korang letak ler bebanyak)
4. Ikan bilis (sikit jerk)
5. Sayur campur ke..sayur sawi ke....kalo xde pun xpe..... :)
6. Sedikit minyak untuk menumis
7. Nasi yang dah dimasak...biasanya nasi yang xhabis yang menjadi mangsa..hihihihi


Cara-caranya :-
1. Bahan-bahan no : 1 hingga 4 dikisar. Kalo nak lagi sedap...tumbuk dengan batu lesung..
2. Tuangkan minyak dalam kuali...tunggu minyak panas...
3. Tumis bahan 1 hingga 4 sehingga garing
4. Masukkan sayur (if ada) dan serbuk perisa
5. Last skali masukkan nasi.....

SIAP!!

Sedap dijamu ketika hujan....dan lagi sedap dijamu bersama dengan kopi kaw-kaw

Monday 10 October 2011

Sadis!! - Dunia Berkabung Kematian Steve Jobs

Tanggal 06hb Oktober dunia kehilangan seorang genius.
Steve Jobs, manusia yang mengubah wajah dan kehidupan dengan ciptaan-ciptaanya meninggal dunia selepas sekian lama bertarung nyawa dengan kanser pankreas.Beliau sudah berlawan dengan penyakit ini selama 7 tahun Tahukah anda on average jika didiagnosa ada kanser pankreas peluang anda untuk hidup biasanya hanyalah 5-6 bulan? Jobs went on to live longer tetapi tuhan lebih menyayangi beliau. Dia pergi meninggalkan legasi yang sukar ditandingi. Sumbangannya cukup besar dan cukup bermakna, yang pastinya akan terus dikenang sehingga bila-bila. Namun ada sesuatu yang patut kiter renungkan disebalikkan kehilangan ini. Jobs dikatakan memiliki kekayaan bernilai AS$5.7 billion!! A.W.E.S.O.M.E!! Jumlah menjadikannya lebih kaya daripada banyak negara didunia. Dan itu nilai semasa , belum termasuk jumlah yang menanti hasil ciptaan-ciptaanya yang akan terus dipasarkan. Dengan harta sebanyak itu, dia boleh mengupah hampir semua pakar perubatan yang terbaik dunia ini untuk merawatnya. Tetapi ternyata, sebagai manusia biasa, dia sama seperti kita...tidak mungkin mampu melakukannya...

Gambar hitam putih yang diterbitkan oleh laman wab Apple.com ekoran kematian Steve Jobs



Thanks Steve Jobs. Rest In Peace. We will miss you. You belong in heaven for all the good deed you have done for humanity. Goodbye Steve....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...