Friday 30 December 2011

Good BYE 2011


"Malam ini kan berlalu.....
Minggu ini kan berganjak.....
Bulan ini akan pergi.....
Tahun ini akan meninggalkan....."


Hanya tinggal 1 hari sahaja lagi untuk kiter menempuh tahun baru 2012...Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tahun 2011. Dikesempatan ini, aku berharap agar tahun 2012 ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya....Moga mak, abang-abang, kakak-kakak aku,anak-anak sedara aku yang comel dan keluarga aku dikurniakan kesihatan yang baik...dan dikurniakan rezeki yang murah..Insyallah..Buat arwah ayahanda aku yang tersayang..Abdul Wahid Bin Idris, moga roh ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...Pejam celik hampir 2 tahun ayahanda aku meninggalkan kami sekeluarga...Ketiadaannya masih tetap dirasai... :(
Untuk tahun 2012, banyak perancangan didalam kepala otak aku nie..tapi kupendamkan dulu segala perancangan...Insyallah akan dilaksanakan satu persatu...Mudah-mudahan yang diharapkan untuk tahun 2012 ini kan menjadi kenyataan..Insyallah...

Wednesday 14 December 2011

FiNaLLy.........

Tak sangka pulak malam tadi adalah malam terakhir episod Cinta Elysa...Aduhai!! Kalau dah drama melayu...tetap drama melayu...Aku ingatkan pada akhir episod drama nie digarapkan dengan baik sekali..tapi hampeh!! Yang paling-paling aku menyampah biler bab..si Aril & Elysa tika si Elysa balik semula kepangkuan Aril...Aduhai..boleh pulak Elysa terbayang saat-saat manis tika dia bersama dengan Aril...Dan paling kelakar sekali bab, si Aril nie perasaan atau erti kata lain syok sendiri biler dia ingatkan Elysa balik disebabkan ingin menuntut cerai...Aduhai!! Agak berkecamuk scene tersebut..Seolah-olah penulis skrip dah kekurangan idea!! :p

Aku bukan nak kondem drama nie, cuma aku tertanya-tanya penulis skrip atau pengarah drama tak buat homework dulu ke sebelum drama nie ditayangkan?? Expecialy bab Rashid yang dikatakan bersembunyi di rumah Elysa dengan lengkap berpakaian baju kurung & berambut palsu..ala2 abang pon-pon. Padahal kat rumah Elysa tue terdapat orang gaji & adik-adik Elysa yang lain...Takkan tak perasaan "kewujudan" Rashid dirumah tersebut? Sangat-sangat "kusut" scene tersebut.. Ditambah lagi dengan scene mak Elysa nak buat suprise majlis pernikahan Elysa dengan Haikal...Wei...tidakkah si ibu terfikir tentang persetujuan si anak sekiranya si anak menolak pernikahan tersebut? Tidakkah si ibu malu dengan Tok kadi, jiran tetangga & tetamu yang hadir??

Drama melayu tetap drama melayu...Walau bagaimanapun aku tetap menyokong drama melayu kerana drama melayu takkan sama lenggoknya dengan drama jepun dan seumpamanya..dan aku cuba mencari kelainan dengan drama CINTA ELYSA, namun hampa..... :(


p/s : tetap sokong 100%

WOrDLess WedNesDaY #6


p/s : Berbicara tanpa kata.........

Monday 12 December 2011

Baby RayyaN - 6 BuLaN

Alhamdulillah..semalam Baby Rayyan dah 6 bulan (11.12.11). Hari tue 07.12.11 pegi Poliklinik Pasir Gudang untuk amik injection sekali dengan timbang Baby Rayyan, berat Baby Rayyan 7.5kg naik 0.90kg. Ingatkan berat Baby Rayyan tak naik memandangkan aku tengok badan Baby Rayyan camgitu jerk..Maybe aku tak perasaan dengan "kegemukan" Baby Rayyan memandangkan hari-hari aku tengok & belai-belai Baby Rayyan... :P Kalau ikutkan apa yang doktor suggestkan, baby yang sudah pun mencapai umur 6 bulan dah boleh diberikan makan...Lepas nie mama rayyan kena ler tiap-tiap hari surf internet cari resepi untuk Baby Rayyan...Pening jugak kepala nie memikirkan resepi yang "terbaik" untuk Baby Rayyan..Surf punya surf tadi, terjumpa satu resepi nie dari http://anakbonda.blogspot.com

Bahan-bahan :
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju Cheddar 1 keping
Brokoli 2 "pokok" kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhkan susu yang bayi minum


Cara-cara :
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan hingga empuk
Rebus brokoli hingga masak
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan kedalam pengisar
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim



Tak sabar nak try resepi nie....Issshhhh teruja rasanya..Agak-agaknya macam mana "respon" Baby Rayyan ya??? :P

Baby Rayyan ketika umur hampir menganjak 6 bulan

Ko PaKai HELMET....AnAk Ko???

Pagi tadi dalam perjalanan pergi keje with babah rayyan, ternampak satu motor nie yang tengah membonceng 2 orang anaknya...Anaknya yang kecik dok kat bakul motor belah depan....diikuti ayahnya...dan anak perempuannya...Noted! Yang tak bestnya dalam situasi itu, ayahnya pakai helmet..anaknya plak? Aku memang betol-betol bengang biler ada situasi seperti nie, rasa nak suruh babah rayyan berhenti kereta, aku nak turun & tampar si "ayah" budak 2 orang tue laju-laju!! :X Sakit hati aku biler :-
1. Ayahnya pakai helmet, tapi anaknya dibiarkan kepalanya "sebegitu rupa"

Apa akan jadi sekiranya...
1. Ayahnya brek motor secara mengejut???
2. Motor ayahnya disondol dari belakang?? (seperti yang berlaku kepada arwah ayah aku)
3. Anaknya "tertidur". Almaklumlah..naik motor, angin bertiup sepoi2

Kalau ko betol-betol sayangkan anak ko, jangan buat gitu beb..Helmet bukannya mahal jika nak dibandingkan dengan sebijik "KEPALA" anak ko tue!! Itu pun tengoklah kalau kepala anak ko boleh digantikan dengan kepala orang lain? Kalau tak boleh ganti dengan kepala orang lain, agak-agak ko kepala anak ko tu bleh beli kat pasar ke beb??? So fikir-fikirkan lah!!

Friday 9 December 2011

BaLik KaMpUnG YeaY!!! PART 2

Kebetulan masa balik kampung ituari, ada karnival...so sempat ler kitaorang tengok sepupu aku si Haziq main futsal berlawan dengan kampung sebelah....

Inilah dia "JAGUH" kampung Tanjung Surat


Ketika perlawanan



"Jaguh" tengah interframe..hihihihihihi :P


Dalam match tu kalo tak silap aku, Kampung aku..iaitu Kampung Tanjung Surat memenangi perlawanan tersebut..Brapa kosong aku xsure..memandangkan time penyampaian hadiah, kitaorang dah bersiap-siap nak balik....

Sebelum balik, sempat kitaorang berposing


Insyallah next time, jika ada kelapangan kitaorang akan balik lagi.. :)

p/s : Kepingin nak mandi sungai bersama baby & babah rayyan kat kampung father in law....

Tuesday 6 December 2011

BaLik KaMpUnG YeaY!!!

Hari Sabtu hari tue, kebetulan aku tak kerja, so aku amik peluang with mak, baby rayyan & anak-anak sedara aku balik ke kampung Tanjung Surat lebih kurang 20km dari Pasir Gudang. Itupun kira dekat sebab ikut highway..kalo ikut jalan luar dari Kota Masai ke Ulu Tiram...pastu merempuh pulak kawasan-kawasan felda di Kota Tinggi perjalanan mengambil masa dalam 2 jam gak..Tapi memandangkan kitaorang ikut higway, so perjalanan mengambil masa dalam 45 minit...Itupun kalo bawak dalam 110km/hr. Motif balik kampung kali nie, saja suka-suka sambil menghayati keindahan alam kampung aku dan yang paling best sekali biler dapat makan seafood!! Ho yeah!! Betul-betul ho liaw!! :P

Dalam perjalanan..Highway Desaru...


Cantekkan view jambatan nie..kata anak sedara aku ala-ala kat Paris!! :P


Dengar-dengar citer kat jambatan nie dah ada yang bunuh diri...hurrrmmm


Kitaorang sampai kat Jambatan Teluk Belungkor lebih kurang dalam kol 12.00 tengahari. Itupun kira lambat kitaorang sampai disebabkan masalah teknikal, dua kali patah balik dari kedai kat Kota Masai ke rumah mak aku..disebabkan mak aku terpaksa balik kerumah, tukar selipar...coz selipar yang mak aku pakai terbalik!! Hahahahahahahaha :))))))

Sampai jerk kat Jambatan Teluk Belungkor, apalagi..first2 sekali kitaorang posing ler dulu, sambil-sambil tunggu sepupu aku pick up kitaorang dari Teluk Belungkor ke Tanjung Surat..Nak kata jauh dari Teluk Belungkor ke Tanjung Surat tu takler...kalo naik transport lebih kurang dalam 15 minit..tapi kalo jalan kaki maunya 1 jam...Terbarai segala sendi-sendi..Itu belum lagi dalam perjalanan tu korang akan terjumpa sesuatu yang korang jarang jumpa...apalagi si MR.PIG lerrr....

Aku, baby rayyan, mak & anak-anak sedara aku


Again


Ni lah dia anak-anak sedara aku...Fizah & Afiq


Perkara utama skali yang kitaorang buat biler sampai kampung, apalagi kalo bukan "round" satu kampung sambil menikmati keindahan alam...Cukup bahagia saat itu..Lupa sebentar dengan hiruk-piruk keadaan "kota" yang penuh dengan kekusutan...

Tunggang basikal keliling kampung....

.............


.............


............


............


............


Lepak-lepak kat jeti...Time aku kecik-kecik dulu with cousin-cousin aku, kat sini ler kitaorang lepak pada waktu malam...Syok oooo dihembus pulak angin sepoi-sepoi bahasa :P

Yang baju merah tu cousin aku...si Haziq :P


.............


Amacam..bleh buat cover album tak?? Hihihihihi


To Be Continued....................

Monday 5 December 2011

KiKi MioW..MioW


"Please hold me up when i'm falling down.
Sometimes, just be there, and that's enough."


Tiba-tiba aku teringatkan si kiki kucing kesayangan aku yang kini tengah sarat mengandung.... :P

Inilah kiki kucing kesayangan aku...Comelkan??


Aku start bela si kiki nie ketika aku mengandungkan baby rayyan. Kalau tak silap dah setahun lebih aku bela si kiki. Kiki nie atas ihsan Ami (pakcik aku). Ngecek punya ngecek, maka si kiki nie sah menjadi milik aku... :P Time aku amik si kiki nie, dia baru pas habis bercerai susu badan mak dia..si lily...

Dok relaks...kiki paling suka lepak kat umah mak aku..Tapi kalau aku balik, dia pun ikut balik sama...Bijakkan??


Makanan feveret kiki apalagi kalau bukan whiskes, friskies & makanan-makanan kucing yang lain. Makanan lain dia tak pandang..expecially nasi. Penah gak aku masa tue terlupa nak belikan makanan untuk dia...so aku bagilah nasi kat dia...Haram!! Langsung tak disentuhnya..

Sejak-menjak "peknen" nie..si kiki agak "lemau" sket...Asyik nak tido jerk kejenya


Kalau kiter manusia, biler cukup 9 bulan..kiter bakal melahirkan..Agak-agak korang kalau kucing, berapa lama erk dia bawak perut? Sian gak aku tengok si kiki...Asyik terbongkang jerk kejenya biler peknen nie...Hope kiki selamat melahirkan..Belum pun lahir, anak-anak kiki telah diBOOKED oleh kakak & pakcik-pakcik aku :P


..........................

..........................

..........................


Kisah Nabi Muhammad S.A.W dan kucingnya
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan lena diatas jubahnya. Tidak ingin menganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan bermanja kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih-sayangnya dengan mengelus lembut kebadan kucing itu.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu dirumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan diletakkan dipehanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah, ia selalu "mengeow" ketika mendengar azan, dan suaranya seperti kedengaran mengikuti laungan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan sama seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis shahih AL-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita iti adalah seksa neraka.

Beberapa diantara orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah Binti Abu Bakar Shiddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal oleh sikucingnya. Abdurrahman Bin Sakhr Al-Azdi diberikan jolokan Abu Huruyrah (bapa para kucing jantan) kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

p/s : Anti dengan manusia yang sering "membuli" kucing...

Friday 2 December 2011

TeriMa KaSiH EnCiK....

Semalam aku balik keja, sampai kat simpang nak masuk ke Taman Pasir Putih, aku kena tahan dengan polis...Aduyai..tengah dok syok-syok "corner lipat" ada pulak "penunggu hantu saka" kat bawah pokok besar nun dok tahan kete aku... :P. Aku nie plak..memang jarang pakai seat belt..bukannya aku lupa..tapi itu dah jadi semacam satu habit aku..Mula-mula jerk dulu gila meroyan pakai seat belt itupun masa dapat lesen P..Lepas tu...HARAM!! :)))
Mula-mula tue cuak gak aku...tapi aku wat muka tak bersalah...dah memang xsempat dah aku nak tarik seat belt aku tuh..so dari aku membahayakan diri dok tarik seat belt aku tue, baik aku redha je ler..saman pun saman jerk ler...nak buat camner kan?? Lagipun seat belt nie pun kekadang ada "penyakit kusta" gak..Biler tengah saat-saat genting..mula ler dia susah nak tarik...Mula-mula "penunggu" tue dok sibuk jalan keliling kereta aku...check road tax aku...pastu kebetulan plak car seat baby rayyan ada sebelah aku...

Penunggu Hantu Saka : Dari mana nie kak?
Aku : Baru balik keje..
Penunggu Hantu Saka : Nie car seat sapa??
Aku : Anak saya punya (dalam hati aku : perlukan aku jwb soalan bodoh ko??)
Penunggu Hantu Saka : Lain kali pakai seat belt (time tue penunggu hantu saka menoleh kearah lain)
Aku : Terima kasih encik...
Aku pakai seat belt..pastu terus blah!!

Alhamdulillah, selamat duit aku :P

......................


Gambar nie takde kena-mengena dengan citer diatas :P

Thursday 1 December 2011

BabY RaYYan In AcTiOn!!

Wah!! Pejam celik..pejam celik...baby rayyan bakal menghampiri angka 6 bulan!! :P Teruja rasanya...Biler dah berganjak umur 6 bulan nie tentu saja ada "action-action" baby rayyan diluar jangkaan..Harap dalam baby rayyan berumur 6 bulan nie, baby rayyan dah pandai merangkak...Nak gak tengok macam mana reaksi dan kenakalan baby rayyan biler usia semakin menganjak!! Tentu seronokkan?? yang pastinya lepas nie, gerenti lantai rumah aku semakin "bersih" disebabkan ada orang akan "mengemop" lantai sepanjang hari... :))))

Baby rayyan meniarap. Time meniarap nie pun aku "keletihan" memantau aktiviti baby rayyan. :P


Lagi satu habit baby rayyan, sekarang nie tak boleh letak sikit...ajak duduk pun dah xnak dah...asyik nak berdiri jerk kejenya...Biler dah berdiri tak reti diam...gerenti up..down..up...down.... :P

Baby rayyan with nenek..Time nie mama rayyan dah xlarat dah nak pegang..huhuhuhu


Lately, baby rayyan pantang nampak si kiki (kucing kesayangan aku & babah rayyan b4 aku mengandungkan baby rayyan) mulalah dia nak "keryam" si kiki..Ishhhh takut gak time baby rayyan mengeram..ekor kiki yang nak ditariknya...Dashyat anak mama nie :P

Tengok tue....Kiki nak tido pun tak senang


Dan padahnya biler terlalu AKTIF
...................


...................


...................


...................






TERBONGKANG anak mama!!!

SaTu, DuA, TigA, EmPat.....


Satu...kasih yang abadi
Tiada tandingi DIA yang satu
Dua...sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga...lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat...mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah, menghantar kesekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang...itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan selamanya

Hidup ini sementara...

Tuesday 29 November 2011

wARniNg!!

KeCeWa?? ItU HakiKaTNyA....

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari...
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...
Puas kita menangis, takut dan mencari dimana matahari...
Rupanya Allah hadiahkan kita pelangi...

Belum pun reda dengan kekalahan Malaysia menentang Syria 2-0, pasukan Harimau Muda dikejutkan lagi dengan kekalahan menentang Bahrain malam Ahad lalu dengan jaringan 3-2 yang ketika itu disaksikan oleh supporter Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Pada aku kekalahan Malaysia pada malam itu adalah hakikat yang harus diterima oleh rakyat Malaysia. Sebagai seorang supporter Harimau Muda, aku rasa bersyukur, sekurang-kurangnya player Harimau Muda telah menunjukkan aksi yang terbaik pada malam tersebut. Tahniah!! Buat Nazmi dan juga Mahali. Cuma yang buat aku tak paham dengan segelintir rakyat Malaysia..yang aku umpamakan seperti lalang...Bila Malaysia menang..supporter sorak keriangan..Bila Malaysia tewas mulalah kata.."tah apa-apa la diorang nie main.." Hurm...pada aku, tak perlulah mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa..Cuba kiter berada ditempat player...Bukannya senang dik non oiii!!!Perlu berhadapan dengan pemain-pemain Bahrain yang "bertubuh sasa" ditambah lagi dengan fizikal diorang yang "tinggi lampai" nak dibandingkan dengan player kiter yang rata-ratanya seperti "kecil-kecil cili padi" namun player Malaysia berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang...


Yang kelakarnya malam tadi, babah rayyan bagitau aku, dia taknak pergi kekedai mamak..biler aku tanya kenapa?? Babah rayyan bagitau aku.."DIA TAK SAMPAI HATI nak tengok kekalahan Malaysia menentang Bahrain... :P yang diulangtayang di Buletin Utama...Aduyai...sampai begitu sekali!! Namun aku jelaskan pada suami aku, bola tue bulat...Itu semua sudah tertulis..so sebagai manusia kiter kenalah terima hakikat..Cuba kiter berada ditempat player, belum tentu kiter dapat mempamerkan aksi yang terbaik..Bukan kata nak mewakili Malaysia, nak mewakili sekolah pun belum tentu lagi!! Apatah lagi kalau nak mewakili Soccer Kids!! :P Diakhir perbualan aku dengan suami aku, aku nasihatkan suami aku.."hidup nie jangan jadi seperti lalang...biler ditiup angin, lalang kekanan..kiter kekanan..kalau kekiri kita pun akan kekiri...lalang, walau ditebas, pasti akan tumbuh kembali..Percayalah!!



Dan semalam, di akhbar Harian Metro....Apex dilanda kontroversi lagi biler mana gambar beliau tersebar bersama perempuan lain. Yang pastinya perempuan tersebut bukannya Dahlia Teck, perempuan yang menyebabkan putusnya tunang Apex dengan Elia si jejari runcing. Hurmmm.....ramai yang menghentam si Apex..Dek disebabkan kontroversi-kontroversinya bersama perempuan. Ada yang kata si Apex nie Playboy la...kena kejutan budaya ler...& macam-macam lagi lah...Namun pada pendapat aku, hal berkaitan peribadi Apex tak perlulah kiter masuk campur..Siapalah kiter nak menghukum beliau...Dan secara peribadi, aku "tabik spring" dengan Apex, walaupun Apex dilanda dengan pelbagai kontroversi, prestasi Apex tetap AWESOME!! Dan aku akan tetap menyokong beliau!!



p/s : If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag...!!"

Saturday 26 November 2011

BeriLah AKu SediKiT RuANg...

Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
kau pelihara diriku, imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantiasa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantisa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah
Aku mohon pada-Mu
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku
Atas kejahilan yang berulang kali kulakukan

Ya Allah
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Lindungilah aku, payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu
Peliharalah pandanganku Ya Allah
Peliharalah hatiku Ya Rabbi
Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Ya Allah
Andai aku ditakdirkan mati
Matilah aku dalam iman
Matilah aku dalam islam
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu
Dan matikanlah aku didalam rumah-Mu

Ya Allah
Terimalah taubatku ini
Kerana aku takut dengan azab-Mu
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu
Aku takut Ya Allah



p/s : Moga aku diberikan ketenangan yang hakiki....

Friday 25 November 2011

ThaNK YoU AllaH!!

Aku belajar bersyukur dengan menerima apapun yang aku alami hari ini. Rasa syukur membuatkan fikiran aku lebih jernih dan hati aku menjadi lebih tenang dan tenteram...

Dalam minggu ini fikiran aku sedikit terganggu...Terganggu dengan seorang insan yang tiba-tiba hadir..yang telah "menabur pasir keperiuk nasi" suami aku. Alhamdulillah.. akhirnya doa aku dimakbulkan...Aku bersyukur pada mu Ya Allah!!Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan oleh Allah..dan buat sekian kalinya insan tersebut datang merayu kepada suamiku.... Perlukah aku dan suamiku menolongnya buat sekelian kalinya?? Masih aku ingat disaat-saat gentir aku dan suamiku....Macam-macam perkara..macam-macam kejadian yang berlaku diantara aku dan suamiku..namun aku dan suamiku cuba harungi..walaupun pada tika dan saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa kami berdua tak berdaya hendak melawan dugaanMU...Namun aku tetap BERSYUKUR!!

p/s : Semoga kita semua termasuk golongan orang-orang yang selalu bersyukur...

Monday 21 November 2011

HellO!! IgT OrG PoMPuAn Nie XdE KejE LaiN KE???

Kalo ikutkan Jumaat dan Sabtu aku keje..tapi memandangkan sakit kepala yang amat sangat, maka aku terpaksa amik MC. Actually dari hari Khamis lagi kepala aku sakit-sakit. Tak tahulah kenapa...yang aku perasaan after makan meggi goreng & air horlick yang dibeli kedai mamak, kepala aku terus pening-pening. Kalau setakat pening biasa xpe lah gak...ini pening yang amat..amat sakit...balik keje petang khamis, aku terus terbongkang...nasib baik baby rayyan pun terbongkang sama...so ada peluang aku tido lama sikit...hinggalah babah rayyan balik keje...aku still "tak sedarkan diri" kerana sakit kepala yang amat sangat....
Malamnya, pas babah rayyan balik dari keja, dia suruh aku mandi...aku ingatkan pas bawak mandi..hilanglah sakit kepala..tapi makin berdenyut-denyut sakitnya...MasyaAllah!!


Paginya, pas bangun tido legalah...ghupa-ghupanya still macam malam tadi sakitnya...Disebabkan tak tertanggung sakitnya...tengaharinya, aku pegi Poliklinik Pasir Gudang..Ikutkan babah rayyan ajak aku pegi Hospital Sultan Ismail (HSI) coz rekod kesihatan aku memang ada kat sana..tapi aku tak mau pegi....coz aku takut kena tahan kat wad.. :P so ke Poliklinik Pasir Gudang jerk....Sampai jerk kat sana..Oklah...orang tak ramai...mungkin disebabkan hari Jumaat..Penghulu segala hari bagi orang yang bekerja gomen..coz masa nielah diorang bekerja "sambil lewa" memandangkan esoknya hari Sabtu..boleh enjoy-enjoy..so buat kejenya pun enjoy-enjoylah... :x

MO : Sakit apa?
Aku : Saya nie dah 2 hari peninng kepala..Tak taulah kenapa..
Terus MO pam tekanan darah aku
MO : Tinggi nie darah awak...Ada darah tinggi?
Aku : Xde
MO : Awak Peknen x? Biler last datang period?
Aku : Nie skrg saya tengah datang periodlah!!
(dalam hati aku menyumpah-yumpah)
MO : Oh..ye ke? Oklah xpe, saya kasi awak ubat.

Isshhhhh!! Geram betul aku time tue...Hello!! Igat orang pompuan nie xde keje lain ke?? Nak peknen every year?? Biler orang pompuan sakit kepala sket..mula ler tue...ada suara-suara sumbang "kau pening-pening, dah mabuk-mabuk ler tue"..."hah!! dalam perut dah ada ulat ler tue.." Tu belum lagi kalo ada orang pompuan yang muntah-muntah..terbelahak bersepah-sepah...mesti jawapannya "Wah!! cuti 2 bulan lagi la tue...."!!!!!

Wednesday 16 November 2011

HanYA SeOrANG AYAH

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!"Masam mencuka wajah Thariq didepan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni."Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah."Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!"Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristghfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Tharif, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahir pun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar mengelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!"Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq, jap lagi aku nak tengok kau punya pratikal sains minggu lepas. He..he..nak check betul tak aku punya ni".

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek sains".Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya punya berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah sains takde. Tapi cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kat kata tak bawak. Habislah kau."Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi."Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu."Thariq berkira-kira dalam hati.

terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.................

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni."Kedengaran suara anak kecilnya di talian. Oh, Thariq, kenapa nak?"

"Em...Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku pratikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Ok, jap lagi ayah hantarkan."Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayanganya itu dimarahi gurunya. Biarlah dia berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang."Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat lagi bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!"terbayang diingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq tinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq".teresak-esak Arman melutut disisi anaknya. Menyesali perbuatanya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang karenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabaranya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatanya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku,"kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.......................

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada di dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamkan selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Tharif,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa. s

Ikhlas,
Ayah.

Basah pipi si anak kecil."Ayah, maafkan Thariq."Ada sedikit kekesalan dihati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh disudut hatinya, dia tak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayahnya yang tersayang.

.....................

Kring!! Loceng sekolah berbunyi. Tidak seperti biasa, Thariq lah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayahnya kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatanya.

Sampai di depan pinti pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam diri.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitamkan?"Tanya Faruqi.

"A'ah. Kenapa?"Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em...ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. jantungnya berdegup kencang. Tak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Disimpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedanng mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkah kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah...Ayah!!"Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! jangan tinggalkan Thariq seorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq juga. Ayah!"Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

Thariq?"terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah."Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih disisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

.........................

Jam sudah menunjukan angka dua belas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun pagi. Difikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?"Ujat Thariq teragak-agak sambil tanganya memegang bantal busuk Doremonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan dihati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur,"Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah."Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata=kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis airmata mengalir ke pipinya.

"Insyallah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua."Bisik Arman dalam hatinya.

*credit to Nurul Fakhriah Binti Ramli*

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat-baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jangalah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik" (Al-Isra' :23


Kek terakhir yang dibeli oleh arwah ayah...


p/s : Al-Fatihah buat arwah ayah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...