Wednesday 14 December 2011

FiNaLLy.........

Tak sangka pulak malam tadi adalah malam terakhir episod Cinta Elysa...Aduhai!! Kalau dah drama melayu...tetap drama melayu...Aku ingatkan pada akhir episod drama nie digarapkan dengan baik sekali..tapi hampeh!! Yang paling-paling aku menyampah biler bab..si Aril & Elysa tika si Elysa balik semula kepangkuan Aril...Aduhai..boleh pulak Elysa terbayang saat-saat manis tika dia bersama dengan Aril...Dan paling kelakar sekali bab, si Aril nie perasaan atau erti kata lain syok sendiri biler dia ingatkan Elysa balik disebabkan ingin menuntut cerai...Aduhai!! Agak berkecamuk scene tersebut..Seolah-olah penulis skrip dah kekurangan idea!! :p

Aku bukan nak kondem drama nie, cuma aku tertanya-tanya penulis skrip atau pengarah drama tak buat homework dulu ke sebelum drama nie ditayangkan?? Expecialy bab Rashid yang dikatakan bersembunyi di rumah Elysa dengan lengkap berpakaian baju kurung & berambut palsu..ala2 abang pon-pon. Padahal kat rumah Elysa tue terdapat orang gaji & adik-adik Elysa yang lain...Takkan tak perasaan "kewujudan" Rashid dirumah tersebut? Sangat-sangat "kusut" scene tersebut.. Ditambah lagi dengan scene mak Elysa nak buat suprise majlis pernikahan Elysa dengan Haikal...Wei...tidakkah si ibu terfikir tentang persetujuan si anak sekiranya si anak menolak pernikahan tersebut? Tidakkah si ibu malu dengan Tok kadi, jiran tetangga & tetamu yang hadir??

Drama melayu tetap drama melayu...Walau bagaimanapun aku tetap menyokong drama melayu kerana drama melayu takkan sama lenggoknya dengan drama jepun dan seumpamanya..dan aku cuba mencari kelainan dengan drama CINTA ELYSA, namun hampa..... :(


p/s : tetap sokong 100%

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...