Friday 27 January 2012

Setiap kejadian yang berlaku mematangkan saya....

Aku ingatkan biler kiter dah berumahtangga nie, takde gelora yang melanda..kalau setakat suami bergaduh dengan sang isteri itu adalah perkara normal pada pemikiran aku. Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isterikan??? Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali...Biler dah berumahtangga bukan setakat tahap kesabaran antara suami dan isteri perlu berada ditahap maksimum, malah tahap dari segi kewangan, mendidik anak-anak juga perlu berada ditahap maksimum. Pernah suatu ketika sahabat aku menelefon aku..(aku kira agak lama jugak dia tak berhubung dengan aku). Dan pada hemat aku, sahabat aku nie takkan menelefon aku, jika takde hal. Mesti ada perkara atau gosip yang nak dikongsi bersama aku. Dan telahan aku benar. Biler dia mengadu hal dengan aku dengan masalah rumahtangganya. Rumahtangganya bukan bergolak kerana sang suami ada affair dengan pompuan lain, bukan kerana sang suami tak balik kerumah melepak dikedai mamak, tapi kerana masalah kewangan! Bukan kerana sang suami sahabat aku nie mengapur duitnya...bukan kerana sang suami tak bekerja lantas mereka mengalami masalah kewangan..bukan..bukan...Tapi masalah sang suami yang terlalu percaya kepada sahabatnya hingga memberi kawannya pinjam hingga berbelas-belas ribu ringgit banyaknya. Kerana percayakan janji-janji manis seorang sahabat, kerana kasihkan sahabat..maka sang suami sahabat aku beri pinjaman tersebut kepada kawannya....Dan seperti biasa...adat manusia...Seperti menanam tebu ditepi bibir, akhirnya janji tinggal janji..terlerai jua....Maka bermula ler episod pergolakkan rumahtangga sahabat aku ini...... :(


Kucuba damaikan perasaan gusar dihati sahabat aku nie. Walau aku tahu, kita tak memikul beban yang ditanggung dibahu sahabat aku nie...hanya pandai berkata...namun bukan kiter yang merasainya. Namun aku pasti dikalangan sahabat-sahabat aku ini, pasti ada yang menanggung ujian lagi maha hebat.

"Orang mukmin samaada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T samaada dirinya, anaknya, ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikit pun."


Buat sahabatku,
"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...Puas kita menangis, takut dan mencari dimana matahari, rupanya Allah hadiahkan kita pelangi..."


"Berlarilah terus hingga kegarisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai kegarisan penamat tidak pernah selesai..."


Semoga sahabatku terus tabah dengan dugaan hidup yang melanda..kerana setiap kejadian yang berlaku pasti akan mematangkan kiter..Insyallah...

GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Kanvas Kehidupan


Tatkala menjengah kembali ke kamar kehidupan ini, dirasakan dunia ini penuh dengan liku kehidupan. Setiap mendatang pasti ada halangan dan cabaran, pasti juga akan terlakar sebuah memori. Inilah kehidupan insan pada setiap liku sebuah perjalanan kehidupan. Semua ini hanyalah akan menjadi memori pada suatu persinggahan dipersimpangan menuju destinasi abadi.

Dihadapan sana masih banyak menanti, cabaran menunggu saat untuk mendatangi, cuma...mungkin detik waktunya belum tiba. Langkah perlu diteruskan, kerana tanpa langkah seterusnya, takkan ada masa depan.

Depanilah perjalanan dengan tawakkal kepada-Nyya. Ini hanya cebisan dari kanvas kehidupan seorang hamba. Dikamar ini jua, terlalu banyak ragam, karenah makhluk yang bernama manusia. Tetapi inilah yang dipanggil cermin sebuah kehidupan. Telah dicipta manusia untuk bersusah-susah, kerana disitu teruji ketabahan dan kesabaran, sebagai kayu pengukur seorang yang bergelar hamba.

Setiapnya pasti mempunyai hikmah tersendiri. Inilah kamar kehidupan yang didalamnya penuh dengan ragam manusia. Yang kadang-kadang ada yang menyakitkan, ada mengembirakan, ada yang mendukakan. Inilah pahit manis sebuah kehidupan. Semuanya mengajar erti sebenar kehidupan, dan ianya akan menjadi cebisan kenangan diliku kehidupan....

GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan




Sumber Image : Goggle Image
-Artikel iluvislam

Thursday 26 January 2012

Al-kisah baby rayyan......

Sekarang nie tak tahu ler napa...biler tengok orang pakai baju peknen, baju-baju peknen yang bergantungan kat shopping mall, terasa macam nak peknen lagi buat kali kedua..Tapi biler doktor sarankan agar stop dulu dari peknen, so niat suci nie terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Doktor kata tunggu lagi 2-3 tahun baru peknen, itupun kalau HB aku ok 100%. Huh! lamanya nak tunggu lagi 2-3 tahun. Time tu rasanya umur aku pun dah diambang sore.. :( Sedih gakkan..Tapi nak buat macam mana kalau itu keputusan yang terbaik buat waktu nie..Kata doktor kalau aku peknen gak, kemungkinan anak yang dilahirkan tak cukup tempoh pembesarannya. Kata orang tua, tak cukup bulan. Dulu time baby rayyan lahir pun, beratnya cuma 2.69kg! Masa tu memang sedih sangat tengok badan baby rayyan yang sangat-sangat kecil. Biler kat dalam wad, baby orang lain semuannya 3kg+++.Jealous gak that time.. Tapi Alhamdulillah, walaupun baby rayyan dilahirkan cuma 2.69kg, namun fizikal baby rayyan sihat-walafiat. Alhamdulillah!! Syukran! Biler kuar wad jerk, macam-macam susu aku bagi agar berat badan baby rayyan bertambah..Bagi susu ibu, dalam masa yang sama aku bagi susu formula. First baby, susu ibu memang susah sangat nak kuar, dah try makan macam-macam...makan sayur sawi ler, minum air holick ler, siap pegi poliklinik mintak dengan doktor ubat tambah air susu, tapi hasilnya tetap hampeh! Aku sempat bagi susu badan kat baby rayyan cuma 2 minggu jerk...pastu terus bertukar susu formula. Mula-mula tu bagi susu Lactogen...(atas rekemen jiran) Oklah baby rayyan minum..Tapi mama rayyan pulak yang tak lalu nak bancuh susu Lactogen tue. Rasanya?? Uwweeeekkkk...memang tak masuk tekak!! Sudahnya aku dan babah rayyan tukar susu formula jenama lain..Susu Snow. Alhamdulillah..seperti biasa, baby rayyan memang tak cerewet bab-bab minum susu..Semua susu yang disuakan kemulut dia, dia telan. Tu yang bagusnya tentang baby rayyan nie..Susu Snow? Ok..Rasanya sangat sedap! (aku rasa dulu before baby rayyan rasa). Biler baby rayyan minum susu Snow nie, Alhamdulillah, berat baby rayyan bertambah! Dari 2.69kg terus naik hingga 6.6kg!(That time baby rayyan dah 5 mth+++.) Sampaikan doktor yang check baby rayyan kat Poliklinik Pasir Gudang pun panggil baby rayyan "budak chubby". :)

Time nie baby rayyan 5mth++


Latest aku timbang baby rayyan (time tue 6mth++), baby rayyan dah 7.6kg. Sekarang nie baby rayyan dah 7mth++, xsure pulak berapa berat baby rayyan. Rasanya macam xnaik, memandangkan baby rayyan sekarang dah susah nak makan.. :( Dah try bagi baby rayyan makan solid food, tapi tetap sama...taknak makan. Asyik ingat nak main jerk..No wonder hari tu masa Chinese New Year (aku dengan babah rayyan cuti)dalam satu hari tu, baby rayyan jatuh sampai 3 kali. Kesian aku tengok dia..Mula-mula naik baby walker..tah macam mana, grill pintu utama tu terbukak, apalagi..mengelongsor baby rayyan...Ketakutan dalam hati aku nie hanya Tuhan jerk yang tahu. yelah takut gak terjadi apa-apa kat baby rayyan. Sib baik takde benda yang tidak diingini berlaku kat baby rayyan. Kejadian yang ke-2 pulak berlaku di tempat parking kereta JPO (Johor Premium Outlet). Time tu nak balik..tup-tup tah macam mana tah babah rayyan dukung baby rayyan..sekali tu biler babah rayyan bukak jerk pintu kereta, berdentum...kepala baby rayyan terkena bucu pintu kereta..Aduhai..Pagi tadi dah ler jatuh kat grill pintu, ni pulak kepala kena bucu pintu kereta.Biru gak ler dahi baby rayyan. Sampai jekr kat umah, aku sapukan minyak urut Amway kat baby rayyan..Alhamdulillah...malam tu hilang tanda biru kat dahi baby rayyan... Dan malamnya pulak, lagi sekali dengan bangganya baby rayyan buat "stunt" biler dia terjatuh dari katil!! Aduh!! "gedebuk" baby rayyan jatuh!! Aku yang dalam biler air time tue, apalagi..... :(

Aduhai!! Baby rayyan..semakin membesar semakin tak larat aku nak mengawalnya.. 2-3 hari nie baby rayyan dah mula memapah...Gigi belum tumbuh..merangkak belum lagi, tapi dah pandai memapah. Hope biler baby rayyan nie dah pandai memapah, takde apa-apa lah yang berlaku....Mudah-mudahan....Amin....




GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

Wednesday 25 January 2012

Tamat sudah "GELORA JIWA"

"Gelora Jiwa"?? Siapa yang jiwanya tengah bergelora?? Aku ke? Issshhh takde lah..Actually yang aku maksudkan dengan "gelora Jiwa" adalah menantang yang nie...Jeng..jeng...jeng....

Inilah menatang yang buat jiwa saya "bergelora"


Hampir 2weeks nak menyudahkan baca novel nie..Dengan alasan, baby rayyan kacau..So masa untuk membaca, menghayati, menjiwai watak -watak yang ada dalam buku tue tak kesampaian. So target sebelum Raya Cina haritu, baru habis baca novel nie..Alhamdulillah..Cerita?? Memang best. Kalau tak silap novel "gelora jiwa" dibukukan pada tahun 2010. So kira dah lama buku nie di"publishkan" tapi baru kali nie aku berkesempatan membelinya.. :)

Dan...baru-baru nie, kebetulan anak sedara aku, yang belajar kat Poly Melaka ada dapat Baucer Buku 1Malaysia RM200 so dengan murah hatinya dia belanja aku, satu lagi novel..Nak tau novel apa?? :)


Hehehehehe sekarang niekan sibuk drama "Gemersik Kalbu" tengah dimainkan ditv3, so kebetulan pulak aku tak dapat mengikuti drama tersebut di tv, so masa dok usha-usha buku untuk baby rayyan, terjumpa pulak novel "Gemersik Kalbu". So dengan tanpa segan-silunya, aku menebalkan muka meminta anak sedara aku belanja aku novel "Gemersik Kalbu" :) (suka sangat!!Thanks anak sedaraku Ct :P)Dapat baucer belanja ler lagi...hihihihihihihihi

Tengah mencari-cari jugak buku "SUAMI YANG KUBENCI" kat Harris, tapi takdelah...Katanya dekat Popular jerk ada...Aduhai..jauh ler pulak nak ke Popular City Square.. :(

Tak sabar nak baca novel nie


Actually, aku sebenarnya berkira-kira nak beli novel Suami Yang Kubenci nie, sebabnya, babah rayyan kalau aku baca novel yang "bukan-bukan" tajuknya, mula ler dia...Agak-agaknya, apa lah 1st reaction babah rayyan erk biler aku beli novel nie?? ^_^

WOrDLess WedNesDaY #3 2012


Senyum...tak perlu kata apa-apa....

Friday 20 January 2012

Bila ombak dilanda badai......

Assalammualaikum...
Tatkala ini, aku bagaikan kehilangan kata-kata untuk menulis kali ini. Mungkin disebabkan peristiwa malam tadi, aku kekeringan idea untuk melakar "puitis-puitis" indah dikanvas putih ini. Bagaikan kehilangan kata-kata juga, hanya ini yang mampu aku persembahkan....


Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisi ku...


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untukku cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia dihatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya dipenanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku


P/s : Moga Tuhan tunjukkan kebenaran buat si dia yang kusayang....

Tuesday 17 January 2012

Hati Kosong, Rindu!!

Saya rindukan kekasih hati saya..Jeng..jeng..jeng...Sapakah gerangannya??
.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

Inilah dia KEKASIH HATI saya...Dunia & Akhirat....


P/s : Jangan marah arrr.... :)

Friday 13 January 2012

Ibu, Ampunkan Aku

Biler dok keseorang diwaktu tengahari hari jumaat, aku dok belek-belek..Usha-usha website iluvislam.com Tiba-tiba ternampak satu post nie...

Ibu, Ampunkan Aku

Ibu,
Saat kau tahu bahawa kau mengandungkan aku,
kau amat gembira dan bahagia sekali,
Wajahmu sentiasa ceria,
Bagai hendak kau hebohkan satu dunia
bahawa kau akan menjadi ibu kepada aku,
Syukur yang teramat pada Illahi atas nikmat padamu itu.


Ibu,
Sepanjang mengandungkan aku,
Kau sabar menanggung sakit yang tidak tergambar pedihnya,
Kau tabah,
Kau tersenyum juga walau hakikatnya kau derita,
Kadang-kadang kau titiskan jua airmata kesakitan yang kau rasai,
Namun cepat-cepat kau kesat mutiara yang menitis itu,
kerana kau tidak mahu aku rasa bersalah padamu.


Ibu,
Tiba saat yang amat kau tunggu-tunggu
Saat melahirkan insan teristimewa dalam hidupmu,
Aku lihat kau hampir meragut nyawamu sendiri,
Demi melahirkan seorang bayi yang kau kandungkan.


Namun,
Kau ukirkan senyuman penuh kesyukuran pabila aku lahir dengan selamat didunia ini,
Terus hilang sakitmu sebentar tadi,
Terus kau lupakan segala penderitaan yang kau rasai selama aku didalam kandunganmu,
lantas kau menciumku hingga menitis lagi airmatamu,
Aku amat mengerti makna airmata itu,
Air mata kesyukuran,
Syukur tidak terhingga.


Ibu,
Saat aku masih kanak-kanak,
kau amat gembira melihatku,
semakin hari semakin membesar dengan sihat,
Kau tidak pernah mengasari aku,
Kau tidak pernah menunjukkan keletihan diwajahmu,
Walau setelah kau penat seharian bekerja,
kau lakukan demi untuk menyaraku,
Malah, kau sempat lagi bermain denganku,
Kau hiburkan aku,
Aku tahu saat itu kau benar-benar keletihan.


Ibu,
Bila aku mula meningkat remaja,
Kau mula bimbang akan aku,
Kerana aku semakin mengasarimu,
Aku selalu memperlekehkan setiap apa yang kau cadangkan,
Terutama dalam memilih sesuatu pilihan,
Aku katakan aku sudah matang,
Aku cukup matang untuk memilih jalan hidupku,
Aku juga tidak mahu dikongkong oleh dirimu lagi,
Biarlah hidup ini aku jalani sendiri,
Usahlah ibu fikirkan apa yang terbaik untuk anakmu ini,
Aku sudah dewasa untuk menentukan hala tuju hidupku sendiri,
Tanpa perlu bantuan kau disisiku lagi.


Ibu,
Saat itu aku kerap melihat kau menangis,
Aku hanya mampu melihatnya,
Aku tidak kuat untuk memujukmu,
Aku biarkan saja kau dengan tangismu,
Walau kutahu tangismu itu kerana sikapku,
Sikapku yang lupa diri serta egois.


Ibu,
Kini aku sedar segalanya,
Aku insaf atas segala dosa yang aku lakukan padamu,
Berapa kali hatimu aku calari dengan kata-kata kesatku?
Sedangkan kaulah insan yang amat bermakna dalam hidupku.


Ibu,
Maafkan anakmu yang derhaka ini,
maafkan seikhlas hatimu ibu,
Agar aku dapat hidup dalam redha Illahi,
Agar aku juga medapat keampunan-Nya.


Ibu,
Halalkanlah makan minumku,
Walau setitis air susu pun moga kau halalkan,
Dan walau setitis keringat yang mengalir deras sepanjang mendidikku,
Kerana aku tidak mampu membayarnya walau dengan selaut kekayaan.


Ibu,
Ampunkan aku,
Moga kau mendapa keredhaan-Nya disana nanti,
Ku doakan moga kau mendapat nikmat syurga-Nya,
Bersama orang-orang yang beriman.


Rasa sayu dengan puisi diatas...Tiba-tiba teringatkan babah rayyan..Agak-agaknya rindu tak babah rayyan dengan bonda dia? Babah rayyan kehilangan bonda tercinta ketika dia masih kecil lagi... :( Tentu babah rayyan tak pernah merasai kehadiran dan kasih sayang seorang bonda kan... T_T


*credit to uncle goggle*

Wishlist 2012 - January

Dah 13 hari untuk tahun 2012. Means, ada lagi 352 hari yang perlu kiter lalui. Macam orang lain, biler jerk nak beralih ke tahun baru pasti akan berkira-kira azam baru nie apa dia...ada yang kata nak jadi diri nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...nak jadi kaya ler....pendek kata macam-macam yang "diazamkan". Macam aku pulak tahun nie, aku TAKNAK berazam by tahun....means aku nak berazam by bulan...Contoh ler azam bulan January nie, aku dok sibuk-sibuk dok usha barang nie...kiranya inilah azam aku bulan nie :)

Kids Up Tent Castle


Tak dapat aku bayangkan kalo aku belikan benda alah nie untuk baby rayyan...Tentu baby rayyan seronok tahap gaban biler dapat main dengan benda alah nie..Insyallah gaji bulan nie aku nak dapatkan untuk baby rayyan..Kalo boleh dengan bola-bola nie skali aku nak beli...Kalo takat khemah jerk, tapi dalam khemah nie kosong, tak guna gak kan?? :) Mudah-mudahan dapat ler aku belikan untuk baby rayyan. Yelah, macam aku nie, aku bukannya orang senang, nak apa yang terlintas kat kepala nie semua boleh beli...aku kena berkira-kira gak budget untuk aku, babah rayyan dan yang penting untuk baby rayyan.. :)

p/s : Kalo baby rayyan dpt benda nie, tentu dia ketawa riang... :)hahahahahahaha

Wednesday 11 January 2012

Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka?)



Tersentuh rasa hati...Mudah-mudahan baby rayyan dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak..Insyallah...

Baby RayyaN - 7 BuLaN


Baby Rayyan dah 7 bulan (11.01.2012)

Last timbang (6 bulan) : 7.6kg

Baru pandai meniarap...merangkak belum lagi...

Dah makan "solid food" walaupun dah mula kurang selera makan

Dah pandai..biler aku pakai tudung, start tangan didepa..mintak diambil...seolah-olah tahu yang aku nak berjalan

Dah pandai buat "mata cantik" :)

Alhamdulillah..anugerah Tuhan

WOrDLess WedNesDaY #2 2012

Tuesday 10 January 2012

Menyingkap rahsia hati - PART 1

Assalammualaikum


..........................

Susah nak tidur akhir-akhir nie...

Pening kepala yang sangat melampau...

Jantung berdegup kencang...dug..dig...dug....

Muka pucat lesi...

Letih tak berkesudahan...

Errmmmmmm pelbagai rasa ketika ini...

Mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, menyebabkan aku jadi begini...

Entahlah...mungkin juga badan ini memerlukan "terapi" yang menyenangkan...yang membuatkan kesihatan aku terganggu...

Yang membuatkan aku "terkulai layu"....






Monday 9 January 2012

Gendang gendut tali kecapi

"Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suka..???" Lately nie banyak sangat komplain yang aku terima tentang baby rayyan..Ada yang kata badan baby rayyan dah susut...Muka baby rayyan dah tak "dobot" macam sebelum-sebelum nie...:( Sentap jugak rasa dihati...Yelah kitakan ibu dia..Segala yang "diterjemahkan" sedikit sebanyak rasa tersentuh dihati. Almaklum..."dalam hati ada taman").

Bila aku tanya kat babah rayyan..babah rayyan cakap, "dia dah besar..ingat nak main jerk..memanglah badan dia dah susut, menyusu pun kurang.." Nampaknya lepas nie kenalah aku "berkerja keras" sikit untuk bagi minat baby rayyan makan & minum susu seperti sebelum-sebelum nie...

Nie makan yang aku bagi baby rayyan makan sebelum nie...Milna perasa oren. (nie versi indon)*credit to goggle


Dan semalamnya dan-dan aku dan babah rayyan pergi ke Jaya Jusco semata-mata nak cari blender untuk dibuat bubur baby rayyan. Sebab blender yang sedia ada kat umah tak boleh digunakan untuk dibuat bubur untuk baby rayyan. Memandangkan blender tersebut dah digunakan untuk "memblender" cili.. :)

*credit to goggle


Hope, dengan blender baru yang baru dibeli, ditambah lagi dengan resepi "baru" yang akan dimasak nanti, hope baby rayyan akan berselera balik seperti sediakala dan yang paling penting, baby rayyan akan bertambah-tambah berat badannya..:)

p/s : Tengah berkira-kira nak tukar susu baby rayyan.....



Monday 2 January 2012

Aku bukan DOKTOR!!

Post aku yang pertama 2012 :P
Korang geram tak biler, kawan korang sakit ke...suami korang sakit ke...tak kira ler sapa jerk yang sakit....biler kiter nasihatkan dia pegi hospital dia tak nak pegi?? Aku geram betol ler biler situasi tu berlaku...yang paling aku geram..dah ler mengadu kat aku..perut sakit ler...dah lama tak berak ler...berak taik keras-keras ler macam taik kambing ler....pastu biler kiter suruh pegi hospital, eeerrrr takper ler...esok-esok baik ler....Aduhai!!! :( Geramnya...issssshhhh rasa nak jerk tampar laju-laju time tue!! Ko dah sakit, aku suruh pegi hospital taknak pegi...biler dah sakit, mengadu kat aku..Ingat aku nie doktor ke?? Biler ko mengadu jerk, aku bagi ko ubat...Nah! Makcik..ubat kasi berak...Makcik picit jerk air tue kat *tut* makcik...Insyallah dan-dan jugak makcik cirit..Boleh gitu?? :P
Lepas tu boleh pulak citer..makcik tak berak dah dekat 2 bulan nie, sebab terkena buatan orang....ada orang buat benda tak baik dekat makcik...Aduhai!! Ini lagi statement yang paling aku menyampah tahap gaban!! Hello...Makcik, takde maknanya orang nak bomohkan makcik, nak guna-gunakan makcik...Tak baik tuduh-tuduh orang..tak baik nak fitnah-fitnah orang...Sakit makcik nie perlu pegi hospital..bukannya jumpa bomoh..bakar kemenyan, puh sana..puh sini mintak tengok sapa yang "bomoh"kan makcik..Kan tak baik menfitnah orang?? Senang-senang aje makcik dapat dosa kering...Kesian....kesian...

P/s : Kecing terlalu kerap..selalu kuar masuk kuar masuk toilet..kena buatan orang jugak ke?? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...