Friday 13 January 2012

Ibu, Ampunkan Aku

Biler dok keseorang diwaktu tengahari hari jumaat, aku dok belek-belek..Usha-usha website iluvislam.com Tiba-tiba ternampak satu post nie...

Ibu, Ampunkan Aku

Ibu,
Saat kau tahu bahawa kau mengandungkan aku,
kau amat gembira dan bahagia sekali,
Wajahmu sentiasa ceria,
Bagai hendak kau hebohkan satu dunia
bahawa kau akan menjadi ibu kepada aku,
Syukur yang teramat pada Illahi atas nikmat padamu itu.


Ibu,
Sepanjang mengandungkan aku,
Kau sabar menanggung sakit yang tidak tergambar pedihnya,
Kau tabah,
Kau tersenyum juga walau hakikatnya kau derita,
Kadang-kadang kau titiskan jua airmata kesakitan yang kau rasai,
Namun cepat-cepat kau kesat mutiara yang menitis itu,
kerana kau tidak mahu aku rasa bersalah padamu.


Ibu,
Tiba saat yang amat kau tunggu-tunggu
Saat melahirkan insan teristimewa dalam hidupmu,
Aku lihat kau hampir meragut nyawamu sendiri,
Demi melahirkan seorang bayi yang kau kandungkan.


Namun,
Kau ukirkan senyuman penuh kesyukuran pabila aku lahir dengan selamat didunia ini,
Terus hilang sakitmu sebentar tadi,
Terus kau lupakan segala penderitaan yang kau rasai selama aku didalam kandunganmu,
lantas kau menciumku hingga menitis lagi airmatamu,
Aku amat mengerti makna airmata itu,
Air mata kesyukuran,
Syukur tidak terhingga.


Ibu,
Saat aku masih kanak-kanak,
kau amat gembira melihatku,
semakin hari semakin membesar dengan sihat,
Kau tidak pernah mengasari aku,
Kau tidak pernah menunjukkan keletihan diwajahmu,
Walau setelah kau penat seharian bekerja,
kau lakukan demi untuk menyaraku,
Malah, kau sempat lagi bermain denganku,
Kau hiburkan aku,
Aku tahu saat itu kau benar-benar keletihan.


Ibu,
Bila aku mula meningkat remaja,
Kau mula bimbang akan aku,
Kerana aku semakin mengasarimu,
Aku selalu memperlekehkan setiap apa yang kau cadangkan,
Terutama dalam memilih sesuatu pilihan,
Aku katakan aku sudah matang,
Aku cukup matang untuk memilih jalan hidupku,
Aku juga tidak mahu dikongkong oleh dirimu lagi,
Biarlah hidup ini aku jalani sendiri,
Usahlah ibu fikirkan apa yang terbaik untuk anakmu ini,
Aku sudah dewasa untuk menentukan hala tuju hidupku sendiri,
Tanpa perlu bantuan kau disisiku lagi.


Ibu,
Saat itu aku kerap melihat kau menangis,
Aku hanya mampu melihatnya,
Aku tidak kuat untuk memujukmu,
Aku biarkan saja kau dengan tangismu,
Walau kutahu tangismu itu kerana sikapku,
Sikapku yang lupa diri serta egois.


Ibu,
Kini aku sedar segalanya,
Aku insaf atas segala dosa yang aku lakukan padamu,
Berapa kali hatimu aku calari dengan kata-kata kesatku?
Sedangkan kaulah insan yang amat bermakna dalam hidupku.


Ibu,
Maafkan anakmu yang derhaka ini,
maafkan seikhlas hatimu ibu,
Agar aku dapat hidup dalam redha Illahi,
Agar aku juga medapat keampunan-Nya.


Ibu,
Halalkanlah makan minumku,
Walau setitis air susu pun moga kau halalkan,
Dan walau setitis keringat yang mengalir deras sepanjang mendidikku,
Kerana aku tidak mampu membayarnya walau dengan selaut kekayaan.


Ibu,
Ampunkan aku,
Moga kau mendapa keredhaan-Nya disana nanti,
Ku doakan moga kau mendapat nikmat syurga-Nya,
Bersama orang-orang yang beriman.


Rasa sayu dengan puisi diatas...Tiba-tiba teringatkan babah rayyan..Agak-agaknya rindu tak babah rayyan dengan bonda dia? Babah rayyan kehilangan bonda tercinta ketika dia masih kecil lagi... :( Tentu babah rayyan tak pernah merasai kehadiran dan kasih sayang seorang bonda kan... T_T


*credit to uncle goggle*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...