Friday 27 January 2012

Setiap kejadian yang berlaku mematangkan saya....

Aku ingatkan biler kiter dah berumahtangga nie, takde gelora yang melanda..kalau setakat suami bergaduh dengan sang isteri itu adalah perkara normal pada pemikiran aku. Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isterikan??? Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali...Biler dah berumahtangga bukan setakat tahap kesabaran antara suami dan isteri perlu berada ditahap maksimum, malah tahap dari segi kewangan, mendidik anak-anak juga perlu berada ditahap maksimum. Pernah suatu ketika sahabat aku menelefon aku..(aku kira agak lama jugak dia tak berhubung dengan aku). Dan pada hemat aku, sahabat aku nie takkan menelefon aku, jika takde hal. Mesti ada perkara atau gosip yang nak dikongsi bersama aku. Dan telahan aku benar. Biler dia mengadu hal dengan aku dengan masalah rumahtangganya. Rumahtangganya bukan bergolak kerana sang suami ada affair dengan pompuan lain, bukan kerana sang suami tak balik kerumah melepak dikedai mamak, tapi kerana masalah kewangan! Bukan kerana sang suami sahabat aku nie mengapur duitnya...bukan kerana sang suami tak bekerja lantas mereka mengalami masalah kewangan..bukan..bukan...Tapi masalah sang suami yang terlalu percaya kepada sahabatnya hingga memberi kawannya pinjam hingga berbelas-belas ribu ringgit banyaknya. Kerana percayakan janji-janji manis seorang sahabat, kerana kasihkan sahabat..maka sang suami sahabat aku beri pinjaman tersebut kepada kawannya....Dan seperti biasa...adat manusia...Seperti menanam tebu ditepi bibir, akhirnya janji tinggal janji..terlerai jua....Maka bermula ler episod pergolakkan rumahtangga sahabat aku ini...... :(


Kucuba damaikan perasaan gusar dihati sahabat aku nie. Walau aku tahu, kita tak memikul beban yang ditanggung dibahu sahabat aku nie...hanya pandai berkata...namun bukan kiter yang merasainya. Namun aku pasti dikalangan sahabat-sahabat aku ini, pasti ada yang menanggung ujian lagi maha hebat.

"Orang mukmin samaada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T samaada dirinya, anaknya, ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikit pun."


Buat sahabatku,
"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...Puas kita menangis, takut dan mencari dimana matahari, rupanya Allah hadiahkan kita pelangi..."


"Berlarilah terus hingga kegarisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai kegarisan penamat tidak pernah selesai..."


Semoga sahabatku terus tabah dengan dugaan hidup yang melanda..kerana setiap kejadian yang berlaku pasti akan mematangkan kiter..Insyallah...

GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...