Monday 31 October 2011

8P TipS KeBahaGiaaN RuMahTangGa

1.P yang pertama ialah "PUJI" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.P yang kedua ialah "PELUK" yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.P yang ketiga ialah "PENGHARGAAN" dimana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4.P yang keempat ialah "PERHATIAN" yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5.P yang kelima mewakili "PERSEFAHAMAN" kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6.P keenam membawa maksud "PERGAULAN" iaitu pasangan suami-isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7.P yang ketujuh adalah "PERCUTIAN" dimana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8.P yang terakhir "PERMOHONAN" iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih-sayang antara pasangan suami-isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronakan dunia.

p/s : perkahwinan aku baru setahun jagung..doa aku semoga keharmonian rumahtangga kami kekal selamanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...