Thursday 16 February 2012

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalammualaikum & morning peeps!!
Sekarang nie sibuk orang memperkatakan tentang Johor Premium Outlet yang terletak di Lebuhraya Link Kedua menuju ke Senai. Member-member kat Facebook dok sibuk bergambar di sekitar kawasan Johor Premium Outlet.Asyik dok sibuk melanggok tengok gambar-gambar member ketika di Johor Premium Outlet, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki kesana. Bersama-sama dengan "askar-askar wataniah terlatih" (anak-anak sedara aku ler tue) kami kesana dengan 2 buah kereta.. :)

Nielah anak-anak sedara aku + mak aku


Sampai jerk kesana, first skali yang kitaorang buat, apalagi kalo tak bergambar dan bergambar lagi...hihihihihihihihi Bukannya apa, dah memang expect dah kat sana barang-barang agak mahal, so kesana hanya cuci-cuci mata..Mahal-mahal pun anak sedara aku sempat shopping jam tangan, and mak aku pulak sempat shopping handbag :)Aku?? Juz survey & survey... :P

Johor Premium Outlet


Agak sesak kawasan parking. Parking kena bayar yea :)RM3



Do you feel hungry? Yeah let's eat! Dari food court sampai la ke restaurant yang posh. Pilih jerk yang mana menjadi idaman kalbu :P


Tempat nie sangat-sangat cantek! Cozy habis! Rasa macam kat obersea pun ada gak. Betul kata member-member babah rayyan. I really like the place!! Memang akan datang lagi walaupun hanya membeli sekeping coklat yang berharga RM14.00 se bar :P

Sebahagian butik-butik yang ada kat JPO yang sempat di snap pic :-

Guess


Micheal Kors


Coach..Kepada kekwn yg dok sibuk bangga sgt psl beg coach dia tue yang dibeli kat obersea..kat sini pun ada jugak tau!! :P


Padini..kat sini lebih murah & byk choices berbanding Padini Jusco Tebrau & City Square


Nike....Ada minat satu barang kat sini...Insyallah aka ku grab gaji nie!!


Tu sebahagian gambar yang sempat aku download..memang banyak giler butik-butik yang tak sempat aku & family aku jelajahi. Dengan keadaan yang agak sesak ditambah pulak dengan udara yang sangat panas, hanya sebahagian saja yang sempat kitaorang survey-survey.. :P

Baby Rayyan yang dah start rimas dengan keadaan sekeliling


Sempat pic before masuk ke Nike butique


Babah & baby rayyan


Kat escalator pun sempat ber pic :P


Sebahagian dari family aku...ada lagi...yang ada nie pun dah boleh bikin gamat


Overall, if you ask me about all the items, errrmmmm honestly, tak ler murah mana pon (orang yang shoping-moping kat sini pun kebanyakkannya guna CC :P -pakai dulu bayar kemudian :P)Kekadang Year End Sale (YES) / Mega Sales tu lagi best sebab banyak choice. My advise kalo nak ke JPO nie better pergi time keja, coz tak ler sesak berbanding hari minggu dan cuti umum :)


P/s : Hanya mampu pakai barang-barang dari Pasar Karat...


GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...