Monday 5 March 2012

Ulat Mulong...Ada Brann??

Kalau orang perempuan mengidam kerana ada baby dalam perutkan?? Tapi kalau orang lelaki yang mengidam, sebab apa erk?? Mesti ada something-somethingkan?? :P Baru-baru nie, babah rayyan sibuk sangat nak makan ulat mulong (sejenis makanan eksotik orang sarawak). Dan kebetulan jugak kat Taman Rinting ada Pasar Tamu (yang menjual pelbagai barangan sarawak)makanya......


Finally...Ulat Mulong..


Ulat Mulong atau Si'et dalam bahasa Melanau @ Tinduh dalam bahasa
Iban


10 ekor = RM5.00


kata babah rayyan, ulat mulong yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang sangat enak..malah lebih enak dari isi udang. Dan biasanya masyarakat Sarawak dinikmati samaada dimasak mengoreng atau disalai bagi yang tidak geli dengan ulat mulong nie pulak, biasanya mereka makan secara mentah sewaktu hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu :P

Dengan rupanya seperti ulat :P, ulat mulong sebenarnya berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk. Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di bahagian Mukah dan Betong, malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam. Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.




P/s : Berat badanku semakin meningkat..apakah???



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...