Friday 9 March 2012

Anda GAGAL?? Jangan putus asa...



Setiap masaalah yang membuat kita tersenyum. Kening berkerut bukannya dihindari tetapi harus dihadapi.

Anda gagal dalam peperiksaan

Kata pensyarah @ guru anda, lain yang ditanya dalam soalan lain yang anda jawap.

Jangan frust, jangan kecewa kerana gagal dalam pepriksaan tak kiralah gagal SPM ke..gagal masa di Universiti ke..tak semestinya semuanya sudah berakhir. Kerana masih banyak lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Gagal dalam peperiksaan, tak bermakna gagal dalam mencari peluang pekerjaan.

Anda gagal dalam temuduga

Berkali-kali anda pergi temuduga, takde satu pun yang sangkut.

Jangan frust, jangan kecewa kerana mungkin ada hikmah..tiada rezeki anda disitu. Mana tahu ada tawaran yang lebih besar menanti anda..Siapa tahukan?? :)

Langkah untuk menghadapi putus asa :-
1. Tidak perlu cemas & khuatir terhadap masaalah kecil. Anggaplah sebagai ujian untuk kita mencapai ketingkat yang lebih tinggi.

2. Ingatlah semua masaalah besar adalah hal-hal kecil. Masaalah-masaalah yang kita hadapi jauh lebih kecil daripada kurniaan Tuhan yang telah kita terima.

3. Fahami badai pasti berlaku. Setiap ada kesulitan pasti ada kebahagiaan, setiap ada masaalah pasti ada jalan keluarnya. Seberat apapun masaalah yang kita hadapi sifatnya neutral dan Tuhan pasti memberikan solusi & jalan keluarnya. Bergantung kepada kita mahu mencarinya atau tidak.



GREATEST LOVE OF ALL
Mama Rayyan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...